Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUSA MULA CEMAS ?

Tuesday, May 27, 2014

Musa Hitam kecewa PAS gunakan namanya untuk tarik orang ramai ke Himpunan Memali..


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kecewa dengan sikap PAS yang menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

Musa berkata, tindakan PAS itu mengambarkan parti tersebut tidak percaya dengan kekuatan yang ada mereka hingga terpaksa menggunakan nama beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pemidato di program 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' Jumaat lepas.

"Saya tak tahu menahu langsung atas soal ini. Tidak ada apa apa jemputan. Kalau ada pun pasti saya tak terima.

"PAS nampak nya tak percaya daya penarik sendiri sehingga guna nama saya," katanya kepada Astro AWANI menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Musa mendakwa sudah dua kali PAS menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

"Sudah dua kali mereka guna nama saya sebegini. Dulu dalam Pilihan Raya Umum lepas dan sekarang nak menarik orang ramai ke majlis politik mereka. Hentikan lah amalan berbohong sebegini," katanya.

Nama Musa pada awalnya disenaraikan sebagai salah seorang pemidato di program sempena memperingati peristiwa Memali namun disaat akhir dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak terlibat dalam program tersebut.

Musa sebelum ini pernah mengejutkan negara dengan pendedahan bahawa Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China seperti dakwaan sebelum ini.

Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang berlangsung di Kota Bharu, Musa yang juga ahli panel, peristiwa Memali merupakan titik hitam dalam kerjaya politiknya.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat ~ AstroAwani

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.