Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pemain, penyokong Tok Gajah kena kepung

06/05/2014 6:25pm

KUANTAN - Pemain dan penyokong Tok Gajah terpaksa berlindung di dalam Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin malam semalam selama dua jam selepas tamat saingan separuh akhir pertama Piala FA gara-gara tindakan penyokong lawan mengepung pintu masuk stadium.

Ribuan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mula berkumpul di pintu masuk stadium sebaik perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1 seolah-olah ingin membalas dendam kepada pemain dan penyokong Pahang ekoran peristiwa hitam di Stadium Darul Makmur, Kuantan 7 Februari lalu.

Ketua pasukan Pahang, Razman Roslan berkata, para pemain mula berjalan keluar dari bilik persalinan untuk menuju ke bas namun mereka tiba-tiba dihalang oleh pihak berkuasa dari keluar stadium kerana bimbang tindakan agresif penyokong JDT.

"Ketika berjalan keluar menuju ke bas kami sudah dengar suara penyokong JDT yang tidak berpuas hati dan ketika menghampiri pintu keluar, kami dapati ramai penyokong JDT sedang berkumpul.

"Saya tidak pasti sama ada mereka tidak berpuas hati mengenai permainan malam tadi atau kejadian di Kuantan 7 Februari lalu," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan pantas pihak berkuasa yang menghalang pemain serta penyokong Tok Gajah keluar dari stadium berjaya mengelak perkara yang tidak diingini.

Razman berkata, penyokong JDT sepatutnya bertindak profesional kerana kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan selepas ini masing-masing di Larkin dan Kuantan.

"Gara-gara tindakan mereka berkumpul di luar stadium, kami terpaksa berehat di dalam stadium hampir dua jam sebelum dibenarkan keluar pada pukul 1 pagi," ujarnya.

Sementara itu, pemain sayap kanan Tok Gajah, Mohd. Azamuddin Mohd. Akil berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak dari awal agar insiden seperti itu tidak berlaku lagi.

"Senario ini sudah dijangka dan semua pihak sepatutnya sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun kami tetap bersyukur kerana tidak ada pemain atau penyokong Tok Gajah yang cedera," jelasnya. - KOSMO!
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.