Pemilihan AMK Cabang Sungai Petani kecoh
SUNGAI PETANI - Kekecohan berlaku sewaktu pemilihan cabang PKR Sungai
Petani menyebabkan proses pengundian jawatan Ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) ditangguhkan.
Difahamkan, situasi itu berlaku apabila seorang calon jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Arvind Kumar mengetahui namanya tiada dalam kertas undi sewaktu tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang, di sini, kira-kira 11 pagi, hari ini.
Susulan itu, penyokongnya mula bertindak mengadakan protes di luar dewan selepas 10 minit kemudian. Sementara seorang lagi calon jawatan itu, Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding.
Mereka membuat bising menyebut perkataan antaranya 'Parti Keadilan tidak adil, nama sahaja adil' dan lain-lain termasuk mendesak supaya proses pengundian ditangguh.
Desakan itu mendapat perhatian dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan mengumumkan tarikh baru bagi proses pengundian.
Arvind berkata, mereka tidak berpuas hati kerana Simon diumumkan menang tanpa bertanding dengan alasan beliau tidak layak bertanding.
"Dalam laman web PKR nama saya masih diletakkan sebagai calon nombor dua bagi jawatan itu tetapi tiba-tiba pagi ini dikatakan tidak layak bertanding.
"Saya rasa ini sangat tidak adil kerana tidak menerima apa-apa surat dari PKR Pusat mengenainya," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, borang pencalonan dan kemas kini nama penyokong serta pencadang sudah dihantar kepada JPP pada 11 April lalu.
"Ini kali pertama saya bertanding jawatan berkenaan atas desakan kawan-kawan yang mahu melihat perubahan dalam cabang Sungai Petani. Saya sendiri tidak tahu apa sebab dianggap tidak layak bertanding.
Sementara itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani, Hamsah Djabir berkata, bantahan yang disuarakan penyokong Arvind sudah disampaikan kepada JPP.
"Mereka buat keputusan tangguh kerana berlaku masalah teknikal dan akan umum satu tarikh baru untuk laksanakan semula pengundian. Proses pengundian jawatan lain diteruskan seperti biasa," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment