MCA hanya main wayang
IPOH - DAP Perak menganggap kempen ‘Say No To Hudud’ yang dilancar MCA
tidak lebih sebagai wayang politik untuk menarik perhatian pengundi
Cina.
Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, apa yang dilakukan MCA jelas, seakan mahu memberitahu rakyat khususnya komuniti Cina, bahawa mereka sealiran dengan DAP dalam prinsip penolakan hukum itu dilaksanakan di Kelantan.
Bagaimanapun menurutnya, keadaan itu dianggap dua situasi berbeza kerana DAP sejak awal menegaskan tidak setuju terhadap perlaksanaan hukum itu atas dasar persepakatan dalam PR.
“Ini situasi yang berbeza, sebab DAP dari mula sudah ada pendirian menolak hudud, tetapi mereka lain, nampak macam sandiwara, guna nama agama untuk kepentingan politik, di hadapan Umno dan BN cakap lain, di depan pengundi Cina cakap lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, Wisma DAP di Ipoh dikunjungi jawatankuasa Pemuda MCA yang menghantar notis untuk ditandatangani sebagai sokongan kempen.
Ia berikutan pengumuman Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei, kelmarin yang memaklumkan akan mengumpul sejuta tandatangan sebagai menolak hasrat Pas yang mahu membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hudud di Kelantan.
Mengulas lanjut, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, mereka menghormati Islam sebagai agama rasmi, namun dalam hubungan Pakatan, DAP beranggapan masih banyak perkara lain terutama isu rakyat yang perlu diberi tumpuan, selain hudud.
“Jangan sampai perkara ini (hudud) memecahkan hubungan dalam kalangan Pakatan, Pas untuk semua, jadi kita minta mereka tepati janji itu,” katanya.
Mengulas PRK Parlimen Teluk Intan, beliau memaklumkan, satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat berhubung isu itu.

0 orang berkata:
Post a Comment