PAS PERLU ADAKAN FORUM TENTANG HUDUD KEPADA YANG BUKAN ISLAM, SEPATUTNYA HAL INI SUDAH LAMA DILAKUKAN, BAGI MEREKA FAHAM, APABILA KITA TELAH BERIKAN KEFAHAMAN MAKA TIDAKLAH ADA LAGI PERKARA YANG BERBANGKIT, SOAL MEREKA SETUJU ATAU TIDAK MAKA ITU TERSERAH, APA YANG PENTING IALAH TIADA LAGI PERKARA YANG BERBANGKIT MENGATAKAN TAK TAHU DAN TAK FAHAM, TANGGUNGJAWAB MENERANGKAN ISU HUDUD ITU SELESAI ! - Pak Karamu
Anjur forum dengan masyarakat bukan Islam
KOTA BHARU – Pas Kelantan perlu mengadakan satu forum khas untuk
memberi penerangan khusus kepada masyarakat bukan Islam negeri ini
tentang hukum hudud sebelum rang undang-undang tersebut dibawa ke
parlimen dan diluluskan.
Veteran Umno, Datuk Hassan Harun berkata, ini kerana sehingga kini kerajaan Pas Kelantan didakwa masih lagi tidak berjaya memberi penerangan yang sejelasnya kepada masyarakat bukan Islam terutamanya di Kelantan.
“Masyarakat bukan Islam masih tidak faham dan rata-rata yang saya temui di Kelantan juga ada yang masih tidak tahu, sepatutnya Pas Kelantan adakan satu forum untuk masyarakat bukan Islam ini, terangkan apa yang sepatutnya mereka tahu.
“Walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) ini tidak libatkan mereka (bukan Islam), tapi mereka perlu tahu, faham dengan jelas, tapi Pas Kelantan tidak ajar mereka, sedangkan pemahaman mereka merupakan satu faktor penting yang harus diambil kira dalam pelaksanaan hukum ini,” katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar melabelkan Umno ‘pondan’ jika parti itu takut untuk membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hudud pada sesi parlimen nanti.
Selain itu, pemimpin Pas tersebut menegaskan usul tersebut akan lebih mudah diluluskan atau dilaksanakan jika dibawa oleh kepimpinan Umno itu sendiri.
Mengulas isu ini, Hassan berkata, Umno masih lagi berpendirian sebagaimana yang pernah dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai salah satu hukum tetapan ALLAH tetapi banyak lagi kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi terutamanya melibatkan masyarakat majmuk di Malaysia.
“Selain itu, soal penghakiman, undang-undang hudud perlu diselaraskan dengan undang-undang sivil kerana jika kesalahan dilakukan itu libatkan masyarakat Islam dan bukan Islam, macam mana pelaksanaannya hukumannya, inilah yang perlu Pas terangkan dengan lebih jelas,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment