Tidak ada sifat sekular pada perlembagaan
BANGI - Terdapat beberapa kekangan terhadap pelaksanaan hudud di
Malaysia, ujar pakar perlembagaan, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd
Aziz.
Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, antara kekangan itu termasuklah perkara yang melibatkan keluhuran perlembagaan negara, sifat sekular, demokrasi dan kuasa yang melibatkan kuasa negeri serta persekutuan.
Ketika menyentuh mengenai sifat sekular negara, Shamrahayu menegaskan bahawa tiada sifat sekular pada perlembagaan negara.
"Kalau kita lihat tiada peruntukan di dalam perlembagaan yang menyebut tentang sekular dan penolakan al-Quran dan as-Sunnah.
"Malahan menurut Perkara (3) Perlembagaan ada menyebut tentang Islam adalah agama rasmi negara dan agama lain boleh laksanakan ajaran mereka.
"Ini jelas menafikan bahawa Malaysia adalah negara sekular.
"Malah boleh dikatakan bahawa tiada halangan yang boleh menidakkan pelaksanaan hudud disebabkan oleh kekangan sekular," katanya pada Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan bertajuk: Hudud di Malaysia, Peluang, Cabaran dan Halangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.
Sementara itu, menyentuh mengenai sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara, Shamrahayu menjelaskan, sistem demokrasi yang diamalkan kini bukan sekular dan tidak seratus peratus bercanggah dengan Islam.
"Bagi saya ada persamaan antara sistem demokrasi dan sistem pentadbiran Islam.
"Antara persamaannya adalah sistem musyawarah yang diamalkan," katanya lagi.
Oleh itu, jelas Shamrahayu kekangan tersebut tidak menjadi halangan kepada pelaksanaan hudud di negara kita, cuma sekarang kita hanya menunggu kuasa antara negeri dan persekutuan untuk memastikan hudud boleh dilaksanakan.

1 orang berkata:
Salam bang,Saya berasa Kalo nak tau demokrasi yg kafir cipta ni ngam x ngam dgn islam..adalah lebih adil jika kita tanya org yg x inginkan ape2 dari kerajaan dan pembangkang,yg pekerjaannya x bersangkut dgn kuasa kerajaan dan pembangkang..atau bahasa pendeknya org yg LANGSUNG XDA kepentingan dan semestinya dia TAK MAHSYUR,barula seronok kita mendengar pendapatnya tentang demokrasi..saya nak tanya 1 soalan kalo abg rajin,jawabla..kalo x sudi pun xpa,sekadar tukar menukar fikiran je bang..perasan x yg demokrasi MEWAJIBKAN perlunya dapat izin(undi) dari manusia2 termasuk kafir atas sesuatu perkara yg Allah SUDAH perintah?..abg tak teringin mengupas kebenaran ni untuk kita bersama ke bang?bukan nak buat parit nak kena mintak izin manusia termasuk kafirni bang,kalo buat parit x pala jugak..
katalah kita ni seorang abg yg ada 10 org adik dirumah,kita dah ada kuasa sebagai abg,adik2 kita dah ok ke agamanya disebabkan kuasa yg dah kita ada ni nanti?atau kita sendiri pun masih terkial2 nak betulkan diri?kalo mcm tu watpe beriya2 kita gila kuasa utk tegak agama?atau kita nak tegakkan agama atas adik2 kita pakai undi?memang nak tegak agama itu Allah dah suruh,tapi kena dgn izin(undi) manusia ke?..kalo bukan buat pe jadikan demokrasi sebagai "jalan" tegakkan islam?
Rasanya kalo nak tegak agama kat adik2,kuta mesti kena pakai dakwah kan?(Sambil dgn sedaya upaya mengelak perang adik beradik,kalo x boleh elak lain cerita)berjaya x berjaya itu lain hal,yg penting jgn mintak izin manusia2 termasuk kafir atas ape yg Allah dah suruh..
Ini Pendapat saya la bang..
kalo abg rajin,kupas la untuk dikongsikan bersama betapa manusia telah "mendewakan" demokrasi hingga kecanduan dan ketaksuban..
Jgn biar perkara ni tersorok bawah karpet bang..ini semua pendapat saja,kalo abg x setuju tidak mengapa..salam bang..
Post a Comment