• Tun Abdul Hamid Mohamad Tun Abdul Hamid Mohamad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Masyarakat di negara ini khususnya kaum Melayu Islam dan Bumiputera harus mempertahankan Perlembagan negara yang diwujudkan sejak tahun 1957.

Menurut bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, jika Malaysia benar-benar melaksanakan sistem undang-undang seperti Singapura, ikatan perpaduan antara kaum dan bangsa akan kekal terpelihara.


"Di negara ini, masih ada pihak atau individu yang mengutamakan kepentingan diri, mereka cuba mengaut keuntungan dan kelebihan yang ada tanpa memberi sumbangan walau sedikit pun.


"Jika ada pihak yang cuba mengikis undang-undang yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, maka pastiny akan berlaku sesuatu yang menyentuh sensitiviti dan menjejaskan keamanan di negara ini," katanya.


Beliau dalam pada itu turut menyarankan semua pihak dan golongan masyarakat supaya kekal menghormati sistem Perlembagaan di negara ini.  


"Setiap undang-undang perlu dipatuhi, jika seseorang itu tidak mahu mematuhi undang-undang negara dan mencetuskan kontroversi sehingga menggugat keamanan yang wujud selama ini, pihak kerajaan harus ambil tindakan tegas seperti memenjarakan pesalah tersebut," katanya lagi.