Ambil tindakan individu kasari petugas media
KUALA LUMPUR - Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu
yang mengasari beberapa anggota media ketika membuat liputan
perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran
Merdeka semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
kementerian dan polis bersimpati terhadap petugas media yang dikasari
dan siasatan akan dilakukan polis untuk tindakan selanjutnya.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini,
beliau berkata insiden itu jelas menunjukkan bahawa penganjur gagal
mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan
kekecohan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga jurukamera
dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup
muka.
Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.
Beliau mendakwa ada juga kejadian apabila pasukan Amal Pas dan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bergaduh sesama sendiri atas
beberapa faktor yang mereka ketahui.
Ahmad Zahid mendakwa perhimpunan itu turut mengganggu urusan harian
masyarakat dan mengganggu perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.
"Saya ingin nyatakan bahawa selagi kita boleh adakan rundingan untuk
mereka ikuti garis panduan APA kita akan berunding, tetapi jika mereka
mahu tindakan sebaliknya dilakukan mereka harus terima akibat dengan
perbuatan mereka sendiri," katanya.
Tinjauan Bernama pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 12,000
orang semalam mendapati ada segelintir daripada peserta membawa
kanak-kanak, kain rentang, suar dan bom asap yang jelas melanggar
syarat-syarat dalam APA 2012.
Sementara itu, pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera
yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad
berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan
itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia dan insiden ini akan
disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sementara itu, Presiden Yayasan Media Malaysia, Dzulkarnain Taib kesal dengan tindakan peserta perhimpunan itu mengasari tiga petugas media, berkata media tidak sepatutnya dijadikan sasaran kemarahan peserta perhimpunan.
Pihak media sebaliknya perlu dihormati kerana turun padang membuat liputan, katanya di sini hari ini.
Beliau berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyerang tiga jurugamber itu semalam, dan memastikan pihak media mempunyai persekitaran yang selamat dan kondusif untuk menjalankan tugas. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment