Rasuah seks: Pegawai kanan kerajaan direman
ALOR SETAR - Seorang pegawai kanan di agensi kerajaan ditahan reman
selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah
berupa habuan seks untuk meluluskan permohonan rumah Projek Perumahan
Rakyat Termiskin (PPRT).
Suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang kelmarin di sebuah hotel Jalan Putra di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret Umzarul An-Nur Umar jam 11.05 pagi semalam.
Ketika ditahan, suspek didapati berdua-duaan bersama seorang janda berusia 20-an dipercayai mangsa yang terjerat dengan tipu daya lelaki itu.
Difahamkan, suspek mudah memerangkap mangsa apabila setiap permohonan untuk rumah di bawah skim PPRT perlu melalui borang ataupun surat.
Suspek akan memilih mangsa melalui gambar dalam borang permohonan, kemudian menghubungi pemohon berstatus janda bertemu di pejabatnya.
Suspek kemudiannya memperdayakan mangsa dengan memberitahu dia mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan untuk rumah di bawah skim terbabit.
Sebagai balasan untuk ‘kelulusan’ tersebut, dia akan meminta pemohon ibu tunggal ini untuk mengadakan hubungan seks dengannya.
Kegiatan keji suspek terbongkar apabila mangsa yang terpedaya mengadu kepada agensi individu terbabit bekerja setelah rumah dijanjikan tidak diperolehi walaupun suspek telah menerima habuan seks.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah, Raja Khan Raja Ahmad berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat yang diterima pihaknya serta risikan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan suspek ditahan sehingga 18 November ini.

0 orang berkata:
Post a Comment