Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNTUK KEMUDAHAN SPEED TRAP


Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sistem No Plat Yang Diseragamkan Mulai Tahun 2015.

Oke.


Isu no plat memang kecoh baru2 neh. Ia kecoh angkara JPJ yang buat kerja gila saman menyaman rakyat berkenaan no plat yang kononnya tidak memenuhi spesifikasi. Bahkan. Lucu sebenarnya. JPJ boleh ukur jarak di antara setiap satu huruf dan no yang terpatri dan bila satu2 huruf tue tidak mematuhi jarak yang ditetapkan oleh piawaian JPJ, mereka saman orang.

Hanya jarak sahaja dah kena saman.
Hanya jarak sahaja tapi sembang pongpang macam babitkan keselamatan.
Dan bila didesak bertubi2, baru la si JPJ dedahkan bahawa untuk memudahkan speed trap kesan no plat kenderaan yang gagal patuhi had laju.

Memang ale utoo sungguh la JPJ kau neh.

JPJ. Baru2 neh ramai yang nasihatkan agar kau tidak diberikan kuasa untuk menyaman rakyat. Kau patut fikirkan nasihat tersebut sementara rakyat baik ahti bagi kau peluang untuk berubah. Jangan sampai rakyat rangka satu demo dan cause semata2 nak lawan kezaliman kau je JPJ. 

Rakyat memang meluat dengan kau. Tak payah cakap, kau pun tahu.

Oke. Citer pasal no pendaftaran kenderaan. Aka no plat. 

Apa yang kerajaan kau nak buat?

1. Mereka akan mengeluarkan no plat kenderaan. Terus dari agensi. Yakni, kedai2 tak boleh produce lagi la no2 plat. 

2. Mereka akan bekerjasama dengan jabatan penjara. Yakni, banduan2 yang menerima latihan akan membuat no plat kenderaan kau semua nanti. Ia ada beberapa kebaikan. Pertama, banduan2 neh ada kerja, dapat gaji, boleh simpan duit dan gunakan ia bila mereka keluar nanti. Lepas tue bagi consumer, mereka boleh dapatkan no plat dengan harga yang rendah. Bila guna buruh banduan, kos upah mereka rendah.

3. Kalau ko baca sini ==> http://www.cbt.com.my/cbt-exclusive-prison-convicts-to-manufacture-vehicle-registration-plate-number/ ko akan dapati, sistem no plat yang bakal dilaksanakan kerajaan ada dua pecahan.

4. Pecahan pertama, sistem N - plat.

5. Pecahan kedua, sistem E - plat.

6. Sistem N - plat ialah sistem yang mana kerajaan akan mengambilalih secara total daripada pembuatan, pengedaran hinggakan kepada penjualan no2 plat yang melibatkan kesemua jenis kenderaan yang didaftarkan di negara neh. Ia akan mula dilaksanakan sekurang2nya seawal pertengahan tahun depan. 2015.

7. Mereka beri kerja kepada banduan. Ini boleh jadi sumber pendapatan baru kepada jabatan penjara negara. Pada aku, ia bukan benda negatif. Itu jika jabatan penjara memberikan upah yang berpatutan pada banduan. Jangan tindas mereka hanya kerana mereka banduan oke.

8. Dan kedai2 aksesori mungkin akan rasa berang sebab salah satu sumber mereka mendapatkan keuntungan dirampas oleh agensi kerajaan. Tapi aku fikir ini lebih baik daripada rakyat hadap dengan saman sana sini. Bila agensi kerajaan sendiri yang produce no plat, macam mana mereka nak saman lagi? Mereka tak boleh saman dah. Bayaran saman lebih mahal dari beli no plat tau.

9. Dan saman tue pula, boleh dimanipulasikan. Jarak tak patuhi spesifikasi sikit pun kena saman. Apa lancau.

10. Statement dari JPJ sendiri. Sejak bermulanya operasi buru pesalah jalanraya pada 1 Nov yang lepas, daripada 1,574 jumlah kes yang dicatatkan, 1,270 telah direkodkan sebagai memiliki no plat fancy dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. 176 kes adalah kerana strobe lights. Dan 128 yang lain adalah kerana lampu HID. 80% kesalahan direkodkan hanya kerana no plat semata2.

11. Bagi aku. Sistem N-plat yang kerajaan nak laksanakan neh boleh juga produce no plat yang agak fancy2. Takde masalah kot. Asal besar dan boleh dibaca no platnya atas jalan dan dapat direkod oleh kamera SPEED TRAP.

12. No plat tue jangan terlalu SKEMA la dan apa salahnya dimodernizekan serba sedikit. Macam di USA tue. Cantik apa. Aku percaya rakyat lebih suka macam tue. Kalau tidak takan la sampai 80% kesalahan yang direkodkan oleh JPJ berkaitan no plat semata2. Mestila ada sesuatu yang rakyat rasa meluat dengan no plat SKEMA. Kerajaan kena terbuka bab neh.

13. Yang kedua. Sistem E-plat. Pada aku sistem E-plat neh agak menarik.

14. Sistem E-plat adalah sistem yang masih dalam kajian dan peringkat perbincangan. Gambaran secara kasar oleh JPJ ialah sistem E-plat ialah sistem yang akan dilengkapi dengan RFID tag. RFID ialah merujuk kepada RADIO FREQUENCY ID TAG.

15. Sistem ini berupaya melakukan dua perkara utama. Yang pertama, mengesan segala2 maklumat berkaitan kenderaan termasuk pemilikan, saman, rekod kemalangan dan sebagainya. Yang kedua, menjejaki kenderaan yang dicuri.

16. Berkaitan saman dan rekod kemalangan, ia adalah perkara yang bagus untuk pembeli kenderaan tapi ia akan menurunkan nilai kenderaan bagi penjual. So yang penjual akan rasa meluat la. Satu lagi. Rekod2 macam tue risiko ia diubah, diedit juga sangat tinggi. Asal kau ada duit dan kau berurusan dengan manusia, terutamanya dari kakitangan kerajaan, kau faham2 sendiri dah la. Aku harap staff kerajaan tak kecik ahti plak aku tulis macam neh. Sorry la. I am being honest jek neh. 

17. Berkaitan mengesan kenderaan yang dicuri, aku rasa hampir kesemua rakyat Malaysia pasti akan suka dengan sistem keselamatan baru neh. Yang si pencuri pula akan rasa meluat. Sudah tiba masanya untuk dorang reka satu strategi baru bagi mematikan fungsi yang terdapat dalam sistem tersebut. Haha.

18. RFID akan dikawal oleh satu pusat operasi yang berfungsi untuk menerima dan menyalurkan maklumat2 berkaitan kepada agensi keselamatan negara. Dan kerajaan takan biar orang lain kawal pusat tersebut. Ia akan dikawal oleh agensi kerajaan 100%. Atas nama melindungi privacy rakyat dari segi maklumat dan data perjalanan.

Contoh. Jika sistem RFID digunakan di Malaysia.


19. Selain daripada kehilangan kenderaan, kalau la sesiapa kena culik, ia juga boleh dikesan on the spot.

20. Dan ini akan memudahkan kerja2 penguatkuasa tau. Contoh. Jika satu2 kenderaan gagal dikesan oleh sistem (melalui sesuatu alat apabila diimbas) automatik depa dah tahu kenderaan tue kena curi dan memiliki no plat palsu, betul?

21. Dan bayangkan jika setiap pengimbas di pasang kat setiap laluan bertol dan utama. Kat mana penjenayah2 neh buat kerja? Hanya penjenayah aje suka pakai no plat palsu, betul? Kalau ko bukan penjenayah jadah apa kau gunakan no plat palsu der.

22. Dan aku suka andaikata, jika satu2 kenderaan yang diimbas mempunyai pendaftaran no plat palsu, sistem akan simpan maklumat kenderaan palsu tadinya tue sebagai data, dan andaikata kenderaan palsu tersebut melalui mana2 jalan yang mempunyai pengimbas, automatik ia dapat alert kedudukan terkini kenderaan tersebut, penguatkuasa take note dan jejak. Jika ia kenderaan curi, maka terbela la keadilan untuk mereka2 yang kehilangan kenderaan kan.

23. Cuma kat sini akan wujud beberapa pertikaian. Dari segi privacy, keselamatan, intergriti dan politik.

- Dari segi privacy, rakyat bimbang jika perjalanan mereka dipantau. Dan dicompromised. Contoh. Jika ada pihak2 tertentu yang memang ada sesuatu niat untuk melakukan sesuatu perkara terhadap seseorang atas sesuatu sebab.

- Dari segi intergriti. Rakyat bimbang jika jutaan atau mungkin billionan wang ringgit dibelanjakan tapi hasil macam celaka. Sembang macam bagus atas kertas kemain cantik tapi pelaksanaan macam cibai. Contoh sistem AES tue dah cukup mendidik rakyat betapa corruptnya kerajaan kita. Sembang boleh la. Bila time laksana ada je masalah2 gila yang timbul. Nanti sistem tak betul la, mudah kena hack la, selenggara juta2 la, pengimbas harga mahal la, upah swasta buat E-plat kos ribu2 la rakyat nak kena install kena keluar duit tambahan lagi la itu la ini la. Ini boleh buat rakyat bengkek tau. Bengkek.

- Dari segi keselamatan. Rakyat bimbang jika2 keselamatan mereka menjadi taruhan. Contoh. Orang2 kaya. Yang mungkin bimbang kena culik, kena bunuh andaikata laluan mereka boleh dijejaki oleh sesiapa saja jika wang dibayar kepada pihak2 tertentu untuk beli maklumat perjalanan mereka.

- Dari segi politik. Ahli2 politik bimbang jika kerajaan gunakan ini untuk menyiasat kat mana mereka pergi, siapa mereka jumpa, apa mereka buat dan segala2 yang berkaitan. Kalau depa nak p demo, kerajaan mungkin akan dapat halang dengan mudah dengan buat sekatan jalan sebab tahu pergerakkan ahli2 politik, pekerja2 mereka dan siapa yang bersama2 mereka dengan mudah. 

Nampak. Ia masih sistem yang bagus dan patut dilaksanakan pada aku dengan syarat kerajaan tidak salah guna kuasa dan perlu secara automatik membayar denda yang tinggi jika didapati berlaku kecuaian dan privacy dilanggar dengan niat samada sengaja ataupun tidak tanpa perlu melalui proses saman asalkan bukti2 yang mendokong perlanggaran hak itu sudah wujud, cukup la. Ini polisi yang perlu digunakan.

Satu lagi. Untuk permulaan. Lebih baik jangan paksa semua orang terikat dengan sistem E-plat. Hanya mereka2 yang berminat aje biar la mereka sendiri secara sukarela menggunakannya.

Dan paling penting. Jangan kenakan kos macam celaka kat rakyat time ia dilaksanakan. Ada faham?

Oke, bai.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.