Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERTINDAK KEPADA MEREKA YANG MENGHINA HUDUD

Simposium hudud palsu tersebar
  • Simposium hudud palsu tersebar Poster yang disebarkan individu tidak bertanggung jawab.
1 / 1
SHAH ALAM - Program bertajuk ‘Simposium hudud: Satu realiti yang tersebar luas melalui poster di media sosial kononnya dianjurkan belia DAP adalah palsu.

Ahli Majlis Eksekutif Dapsy Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud mengesahkan perkara itu tidak benar, dan penyebarannya disifatkan berniat jahat.

“Keempat-empat individu yang tertera dalam poster tersebut iaitu ahli DAP, Melati Rahim dan Syefura Othman; penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin dan saya sendiri tidak pernah mendapat sebarang jemputan berkaitan program berkenaan.

“Poster tersebut memaparkan Dapsy sebagai salah satu organisasi yang menganjurkan simposium tersebut adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebooknya, hari ini.

Jelasnya, Dapsy mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini yang jelas berniat jahat dan ingin menimbulkan huru-hara dan kemarahan orang ramai.

Berdasarkan poster tersebut, program tersebut dijadualkan Ahad depan pada jam 2 petang di Shah Alam.

Selain logo Dapsy, poster itu turut memaparkan logo Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.