JIKA SPEAKER KATA BOLEH BENTANG MAKA HANGPA YANG TAK TAHU PERLEMBAGAAN, HANGPA KENA LA BELAJAR SUPAYA PANDAI, MACAM JUGA KITA BELAJAR BAHASA UNDANG-UNDANG "SAYA BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU " - Pak Karamu
Keputusan bentang hudud bergantung pada Speaker
KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Rang Undang-Undang Persendirian
berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di
Kelantan dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang
berlangsung, bergantung kepada speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin Mulia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim
menjelaskan pada persidangan kali ini banyak rang undang undang yang
perlu didahulukan.
"Bergantung kepada (keputusan) Speaker sama ada rang undang-undang
persendirian ini akan dipertimbangkan untuk dibahaskan atau tidak.
"Apa yang paling penting ialah kami mempunyai banyak rang undang-undang
kerajaan yang lain yang kami kena dahulukan seperti isu dadah dan
jenayah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee
berkata proses notis usul rang undang-undang persendirian mengambil
masa 14 hari selepas tarikh diterima sebelum Speaker membuat keputusan
untuk menerima atau menolak usul tersebut.
"Notis usul persendirian adalah 14 hari dari tarikh diterima termasuk
Sabtu dan Ahad, kecuali usul penting seperti usul kerajaan mungkin lebih
cepat iaitu dua atau tiga hari.
"Ia juga tertakluk pada keadaan di mana perlu mengambil kira usul yang
diterima oleh dewan, jika ada banyak usul kerajaan ia harus
didahulukan," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan
notis usul tersebut telah diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac
lalu.
"Sekarang kami tunggu Speaker sahaja. Sama ada Speaker benarkan ataupun tidak (bentangkan usul)," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata parti itu bersedia
menerima sebarang penolakan atau bantahan terhadap rang undang-undang
hudud termasuk daripada sekutunya DAP.
Khamis lepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang
undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud
yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia
dilaksanakan kelak selepas 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan
rang undang-undang itu. - Bernama
1 orang berkata:
wajib bergantung pada izin speaker kan?
ada lagi tu..
nanti lepas.speaker wajib pulak bergantung kat izin majoriti manusia2 temasuk penyembah2 berhala pulak kat parlimen..
lepas tu ada lagi tak?
hukum sekular ni ada proses dia..
kena lalu sana kena lalu sini..maklum ianya 1 hukum..makanya ada ketetapan2 yg wajib di patuhi kan..
#wajib dibawa melalui proses2 yg ditetapkan hukum sekular ni..
......
sembang deras sangat sesama sedara sebelum ni..
dah sama2 berkubang kat 1 jalan sekular agak2 sendiri dh la..ini deras semacam..munafik sana munafik sini kafir sana kafir sini..hehe..
wallahuaklam
Post a Comment