Rosak akidah tidak sokong hudud
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri berkata, keputusan
pimpinan PKR yang secara jelas menolak pelaksanaan hukum hudud telah
menyebabkan akidah mereka 'rosak'.
Katanya, walaupun pimpinan PKR, menggunakan pelbagai alasan 'islamik' yang kononnya punca mereka menolak hukum tersebut, namun hukum hudud adalah ketetapan ALLAH dan wajib dipatuhi orang Islam.
"Ini adalah kebiadaban pimpinan PKR.
"Mereka rujuk siapa?, hudud perintah ALLAH," katanya di Program Pencerahan Isu Air Selangor di Seksyen 9 malam tadi.
Jelasnya lagi, adalah amat malang untuk pimpinan PKR untuk membuat keputusan menolak hudud.
"Sebagai Muslim kita wajib menyokong undang-undang ALLAH," katanya.
Semalam, pimpinan PKR hari ini menyatakan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.
Dalam kenyataan bersama tujuh pimpinan tertinggi parti itu, mesyuarat biro politik memutuskan PKR tidak boleh menyokong RUU Persendirian itu atas dua faktor utama iaitu, tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, ia menjadi cadangan ‘unilateral’ selain bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

0 orang berkata:
Post a Comment