Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Aduhai!!! (Gambar2) YDP PAS Kota Bharu Diajak Sertai DAP Oleh Lim Kit Siang, Ini Jawapan Dato' Wan Abd Rahim.. Jom Terjah!!!



Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah dipercayai telah menolak pelawaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menyertai parti itu.
Beliau berkata penolakan itu bukan bererti beliau tidak suka terhadap DAP, tetapi mempunyai tugasan politik tertentu pada masa depan.
“Maaf Kit..Saya telah memutuskan untuk menolak jemputan anda.
“Ini bukan bermaksud bahawa saya tidak suka DAP tetapi saya mempunyai tugas politik tertentu pada masa akan datang.
“Apa pun, terima kasih diucapkan kerana keyakinan,”kata Wan Rahim dalam Facebooknya semalam.
Wan Rahim berkata demikian selepas menyertai perasmian Pameran Amal Lukisan BRUCE LEE, Ulangtahun ke 75 di KB Mall, Kota Bharu anjuran DAP melalui program Impian Kelantan.
Impian Kelantan adalah gagasan idea pengasas dan pemimpin sepanjang zaman DAP, Kit Siang.
Walaupun majoriti ahli DAP Kelantan adalah berbangsa Cina, namun parti itu melantik Young Syefura Othman sebagai Penyelaras Impian Kelantan.


Majlis pelancaran pameran itu disempurnakan oleh Kit Siang yang juga merupakan penasihat Impian Malaysia.
Selain Kit Siang, tokoh-tokoh lain yang disenaraikan berucap adalah Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Kebangsaan) Anthony Loke Siew Fook Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan), Datuk A Samad Said, Dr Mohd Hatta Ramli dan Wan Abdul Rahim.
Nama Datuk Husam Musa juga turut disenaraikan, namun beliau tidak hadir.
Bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim juga turut hadir dalam program tersebut.


1 orang berkata:

Anonymous said...

Sekarang pameran Bruce Lee, tak lama lagi jangan terperanjat Dap akan buat pameran Chin Peng pulak! Kan satu masa dulu Dap minta kepala komunis itu diiktiraf sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan? Pakk Samad bolehlah buat satu sajak baru ikut rentak Dap.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.