PM mahu Anwar diberi rawatan sewajarnya
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
menyatakan bahawa beliau mengambil maklum mengenai perkembangan
kesihatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam
penjara.
Katanya, beliau akan pastikan Anwar menerima rawatan sekiranya kesihatan Anwar terus-menerus merosot.
“Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasminya.
Terdahulu memetik kenyataan akhbar peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata, tahap kesihatan Anwar kini semakin teruk dan amat membimbangkan.
Sivarasa dan Genser berkata, Anwar kehilangan 6 kilogram sejak penahanannya pada 10 Februari dan mengalami tekanan darah yang tidak menentu serta ada ketumbuhan 4 sentimeter di buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.
Anwar kini ditempatkan di penjara Sungai Buloh, selepas dijatuhkan hukuman selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Syaiful Bukhari Azlan.

1 orang berkata:
Sambungan dari drama arsenic. Wa billahi ini lah bala Allah untuk pemecah belah umat. Doa ini juga akan kami panjangkan kepada kumpulan yang sedang giat memecah belah jamaah PAS hanya kun dari Allah saja yang menentukan walau pun qunut nazilah ni telah 2 tahun kami panjatkan tanpa henti.
Post a Comment