Kamu bisu bila orang mempertikaikan dasar perjuangan parti kamu, malah kamu turut bersetuju dengan mereka, adil ke kamu sebagai ahli parti ? sebagai ketua pemuda kamu sepatutnya insaf bahawa yang kawan kamu pertikaikan itu adalah milik Tuhan, Tuhan yang menjadikan kamu, di mana maruah kamu sebagai orang islam ? setakat tahaluf tidak menjadi soal, tapi jangan kerana tahalup kawan kamu sangka nak kontrol semua dasar yang di perjuangkan PAS. Dasar PAS mengambil kira pantang dan larang serta dosa dan pahalam, takkan kamu tak boleh faham ! - Pak Karamu
Pencapaian Pas rendah punca kerjasama dipertikai
- Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menyampaikan ucapan pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat mendakwa pencapaian Pas
yang jauh lebih rendah berbanding dua rakan komponennya, DAP dan PKR
dalam pilihan raya lalu punca wujudnya suara lantang mempertikaikan
hubungan tahaluf siyasi pakatan pembangkang itu.
Menurut Suhaizan, sebelum ini, suara-suara itu hanya dilaungkan oleh Perkasa dan beberapa NGO lain, namun, kini ia mula diucapkan oleh ahli dan pimpinan Pas sendiri.
"Akhir-akhir ini, suara yang mula mempertikaikan hubungan tahaluf siyasi bersama PR mula kedengaran dengan lebih lantang dan nyaring. Saya hormati pandangan itu sebagai suatu pilihan yang boleh dipertimbangkan secara akademik tetapi apakah punca sebenar untuk kita memutuskan hubungan bersama-sama PR?
"Adakah semata-mata kerana ada parti yang menolak pelaksanaan hudud maka kita perlu keluar? Bukankah pendirian parti tersebut yang jelas menolak hudud telah kita sedia maklum sejak puluhan tahun yang lalu malahan sewaktu kita memutuskan untuk membuat tahaluf siyasi pun kita sudah tahu pendirian mereka? Bukankah kita telah memilih untuk 'agree to disagree'," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pas ke-56, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, statistik pilihan raya umum lalu jelas menunjukkan rakyat Malaysia memberikan harapan yang sangat tinggi kepada PR namun jika ianya dikhianati, beliau bimbang Pas dihukum dalam pilihan raya akan datang.
"50.87 peratus rakyat telah memilih PR adalah satu angka yang sangat tinggi dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana gabungan parti pembangkang sebelum ini. Jika kita mengambil ringan atau bertindak mengkhianati harapan rakyat ini, saya bimbang rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya akan datang.
"Justeru amat penting untuk kita pertahankan PR daripada dirosakkan daripada dalam. Marilah sama-sama Pemuda untuk mempertahankan muafakat yang telah kita bina ini. Marilah kita bertegas dengan suara-suara yang berpotensi untuk membawa kepada perpecahan PR. Jangan sesekali membenarkan muafakat yang dibina pemimpin terdahulu dimusnahkan oleh nafsu amarah dan kecuaian kita semata-mata," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment