ISLAM ADALAH ISLAM, ISLAM BUKAN MACAM YANG OTAK MANUSIA FIKIR, ISLAM WAJIB YANG MACAM AKAL MANUSIA FIKIR YANG BERPANDUKAN AL- QURAN DAN SUNNAH NABI, ISLAM MENGATASI SISTEM-SISTEM CIPTAAN MANUSIA, SEPERTI DEMOKRASI, LEBRAL DAN APA-APA JUGA SISTEM YANG MENJADI KEBANGGAAN SYAITAN-SYAITAN DARI KALANGAN JENIS MANUSIA - Pak Karamu
Pemimpin yang tewas perlu istiqamah
ALOR SETAR - Pemimpin Pas yang tewas dalam muktamar tahunan baru-baru ini perlu istiqamah dengan perjuangan parti.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib
mencadangkan perkara itu susulan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang yang kelihatan seolah-olah memberi amaran kepada mereka
yang mahu menyertai parti baharu selepas tewas dalam pemilihan,
baru-baru ini.
Beliau berkata, Pas tidak boleh hanya kelihatan berani apabila
berhadapan dengan parti lawan dan sering menyalahkan parti lain tetapi
perlu mendisiplinkan ahli serta pemimpin mereka sendiri.
“Kenyataan Abdul Hadi adalah gambaran supaya semua ahli dan pemimpin parti itu untuk terus dengan Pas.
“Ia perlu disusuli dengan tindakan tegas kepada pihak yang tidak
menghormati saranan itu termasuk mereka yang berhasrat nak menubuhkan
parti Islam baharu bagi menggantikan Pas dalam PR,” katanya kepada Sinar
Harian.
Menurutnya, jika tindakan tegas termasuk pemecatan tidak dilakukan, ia
memberi gambaran bahawa kepimpinan Pas sedia ada hanya berani berceramah
tanpa berani mengambil tindakan terhadap kepincangan yang dilakukan
oleh pemimpin sendiri.
“Sebagai contoh, Presiden Pasma (Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi) sendiri
adalah wakil rakyat yang bertanding pada beberapa pilihan raya umum
menggunakan tiket Pas.
“Tetapi di manakah kedudukannya sekarang sama ada masih ahli atau
sebaliknya kerana beliau pernah menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti
baharu,” katanya.
Md Shukri berkata, kecurigaan kepada wakil rakyat dan pemimpin Pas
perlu disiasat secara komprehensif sebagai lambang keutuhan parti itu.
“Kepimpinan Pas yang baharu juga perlu segera melakukan audit disiplin
ahli, pemimpin dan wakil rakyat dari parti itu bagi memperkukuhkan Pas
serta menghindari parasit.
“Pas tidak wajar berjuang seperti melantunkan hal-hal berkaitan parti
lawan, sebaliknya perlu utamakan soal pembentukan semula ahli dan
kepimpinan Pas,” katanya.
Menurutnya, insiden yang berlaku terhadap Pas adalah disebabkan kesan
gelombang kebangkitan Pas untuk semua (Pas for all) yang menerima ramai
keahlian baharu tanpa soal.
“Akhirnya parti itu menjadi ‘parti kawalan jauh’ oleh pihak luar
menerusi eksport ideologi ke dalam Pas yang turut berjaya meresapi
kepimpinan parti itu tanpa disedari,” katanya.
Abdul Hadi dalam satu surat terbuka pada 23 Jun lalu mengingatkan semua
pemimpin dan ahli parti itu bahawa sejarah Pas menunjukkan mereka yang
keluar parti itu dan bersama parti baharu akan tenggelam.
Beliau berkata, setiap ahli Pas mesti bersama dengan jemaah yang
diwujudkan atas prinsip dan matlamat berakidah teguh bersama konsep
pendekatannya dan wajib istiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
Surat terbuka itu seolah-olah memberi amaran kepada pemimpin Pas yang
tewas pada pemilihan parti itu dan dikatakan ingin bersama parti baharu
yang bakal ditubuhkan nanti.
3 orang berkata:
sebab islam mengatasi sistem manusia la ko jgn register agama ko bawah sistem manusia dan diwajibkan pula berhukum dgnnya..ini prinsip.
kalo bini ko xda prinsip habis la umah tangga ko..biar 1 keluarga mati x makan namun nak menduakan ko sebagai suami tidak sekali2!!!..
itu prinsip bini ko..
abis ko ingat agama xda prinsip?
ini barang senang paham sampai terbelit ko nak memahami ye hehe..sebab apa ko terbelit?sebab ko perasan bagus campur pulak
ketaksuban..
sebab tu ko x boleh terima hakikat ni..
biar aku ulang kalo ko.x paham..
ko umno pkr sama saja..
hehe
Jemaah PAS, PKR, UMNO semuanya mengamalkan sistem demokrasi dlm kerajaan sekular. Takde beza pun jemaah PAS dgn yg lain2. Islam bukan PAS, PAS bukan Islam.
ye..tapi masalahnye dia nampak parti2 musuh demokrasi dia yg lain je yg sedang berhukum dgn sistem manusia,parti dia sendiri dia x nampak hehe..
bila kita dh tulong bagitau yg dia sendiri pun berhukum jugak dgn sistem manusia mcm parti2 musuh dia..dia terkulat2..
awat,x tau ka?tak tau pasal dh terlalu lama perasan bagus ka?
Post a Comment