Friday, June 26, 2015
Khalid Ibrahim Sedia Ambil Alih MB Selangor ? Biar Betul !!!
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia kembali menjadi Menteri Besar
Selangor bagi memastikan negeri itu ditadbir secara telus,
bertanggungjawab dan bebas rasuah.
Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).
“Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah,” katanya seperti dilaporkan Malaymail Online.
Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Mohamed Azmin Ali. Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan Pas yang turut sama mengheret Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjejaskan pentadbiran negeri.

1 orang berkata:
Apakah PAS hanya akan bersama-sama golongan pemimpin yang gilakan jawatan? Atau PAS hanya pertahankan kepentingan golongan pemimpin dan kroninya sahaja? Apakah sudah hilang rasa sayang dan kasih pada rakyat?
Post a Comment