Menang atau kalah, dua-dua pun boleh terus khidmat
PENDIRIAN Pas tidak akan berganjak untuk terus membela nasib orang Melayu dan Islam.
Muktamar Pas kali ini juga diharap dapat memberi peluang kepada ahli fokus isu rakyat dan memberi tempoh bertenang kepada rakan partinya, DAP yang dikatakan banyak memberi kritikan sehingga PR dikatakan sedang bergolak.
Ikuti temubual Ketua Wartawan Sinar Harian Pahang, Aswany Omar bersama Naib Presiden Pas, DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN berkaitan beberapa perkara membabitkan sekutunya, PR dan beberapa isu berkaitan Pas.
Datuk bakal menentang Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk kedudukan nombor dua parti pada pemilihan kali ini. Apa yang Datuk harapkan pada pemilihan kali ini.
Sudah tiga penggal saya dicalonkan, tetapi saya tolak dan kali ini saya terima. Tapi ahli-ahli parti perlu pilih yang terbaik yang yakin boleh beri sumbangan.
Bagi saya, Pas mesti kuat. DAP sudah mencapai tahap maksima dan bebanan terletak pada Pas dan Pas mesti mendapat undi Melayu. Sekarang orang Melayu yang melihat Pas lebih tegas hari ini menjadikan peningkatan ahli Pas lebih 100 peratus di kawasan Felda dan kampung.
Boleh Datuk jelaskan apa yang berlaku dalam Pas ketika ini hingga ada yang menyatakan berlaku kemelut dalaman Pas membabitkan kumpulan pro Ulama dan kumpulan Profesional?
Itu memang tidak betul kerana bagi saya, beberapa usaha cuba menggambarkan Pas dalam dua kumpulan seperti yang berlaku sebelum ini, cuba membawa pas supaya dilihat tidak cenderung kepada Pas dan cenderung kepada PKR.
Muktamar Pas kali dilihat bakal mencipta sejarah tersendiri dalam kepimpinan Pas, Apa yang Datuk harapkan pada pemilihan kali ini.
"Saya harapkan kali ini seluruh perwakilan menghormati dan memelihara akhlak dalam Pas, tidak timbulkan polemik dan jangan ada yang bertindak memboikot atau memulau ucapan daripada siapa sekali pun kerana kepimpinan itu adalah yang dipilih oleh muktamar lalu, Jangan juga ada kumpulan yang mengapi-apikan, provokasi atau ejekan.
Bagi saya menang, pegang jawatan dan yang kalah bukan bererti dia dikalahkan. Dalam Pas, dipilih atau tidak dipilih, parti tetap memberi peluang untuk menyumbang kepada parti."

5 orang berkata:
Siapa yg memulakan panggilan pro-ulama /pro-professiona. Siapa yg terlalak melalak dgn panggilan 'geng ustaz'.??? Semua kena muhasabah diri. Turki pun bukan ulama' yg pimpin tp teguh berdiri. Sekiranya ulama' dan umara' dpt bersatu hati... indahnya Islam. Ni tak... dok gaduh ja. Nak cari fulus beli 'toyota hellfire' ... konon mudah nak berkhidmat... dah dpt jawatan tu... buat la yg terbaik. Jgn suruh pengikut pi dulu dlm demontrasi untuk rakyat.. hangpa dok belakang. Semua yg dipilih tu patut dok dpn.. tahan air kimia water cannon... bukan dok sembang pandai!...
ni semua golongan ulama wal pukima
kalah menang tak soal kalau ikhlas
kemenangan bukanlah segalanya
Tahniah Ti Tm
Post a Comment