Kerajaan Perlu Jelaskan Isu Sebenar Transaksi Rumah Pelajar Di Caulfield, Australia
- Butiran
- Diterbitkan: 25 Jun 2015
- Ditulis oleh Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Portal
berita luar Negara terutama di Australia mendedahkan bahawa pembelian
Rumah Pelajar Dudley House berhampiran dengan Monash University untuk
pelajar pelajar Malaysia terlibat dengan skandal rasuah dan pembersihan
duit haram. Laporan video, tulisan dan graphic boleh didapati melalui http://www.theage.com.au/national/corrupt-malaysia-money-distorts-melbourne-market-20150623-ghu6a0.html .
Berhubung dengan kes ini, PAS merasakan
perlu pihak berkuasa Kerajaan Malaysia menyiasat proses ini yang
melibatkan integriti dan maruah Negara. Proses urusniaga yang didakwa
sumbang ini melibatkan organisasi MARA dan anak syarikat MARA yang
bertanggungjawab mengurus kebajikan pelajar pelajar di sana. Mengikut
maklumat berita tersebut, Bangunan Apartment 5 tingkat yang berharga
AUD17.8 Juta Dollar Australian dijual dengan harga AUD$22.5 Juta.
AUD$4.75 Juta dikatakan rasuah di antara Pegawai Malaysia dan Syarikat
tempatan yang berurusan di sana.
PAS mengharapkan tindakan segera perlu
dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membetulkan persepsi masyarakat
Dunia terhadap negara ini yang disebut sebagai sebuah Negara ISLAM yang
menjadi contoh. Sekiranya dakwaan ini benar, Malaysia perlu memecat dan
menghukum pihak yang terbabit dan perlu memulihkan semula kepercayaan
warga asing terhadap tatacara yang dilakukan oleh pegawai pegawai
Malaysia.
PAS menuntut pengerusi Mara dan Ceo Mara
inc serta semua yang terlibat dengan transaksi ini diarahkan bercuti
bagi memberi laluan proses penyiasatan. Satu panel bebas dianggotai oleh
ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta NGO ditubuh untuk
menyiasat perkara ini dengan kadar segera untuk memulihkan imej negara
dan maruah rakyat Malaysia.
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
07 Ramadhan 1436 / 24 Jun 2015
1 orang berkata:
Ada tv3 kisah
Post a Comment