• Muktamar Pas
1 / 1



Nuridah Mohd. Salleh

SHAH ALAM - Siti Zailah Mohd Yusoff gagal mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang dipegangnya selama dua penggal selepas kalah kepada pencabarnya, Nuridah Mohd Salleh dengan perbezaan 30 undi.

Bagi Jawatan Timbalan dan Naib Ketua pula dimenangi Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Noor sekali gus mengalahkan Dr Siti Mariah Mahmud dan Mumtaz Md Nawi yang turut memegang jawatan itu selama dua penggal.

Menerusi pengumuman yang dibuat  sekitar jam 12.15 malam itu menyaksikan barisan muka baru mewarnai ketiga-tiga jawatan tertinggi dalam Dewan Muslimat Pas Pusat Sesi 2015/17 pada Muktamar Tahunan kali ke 55 bertempat di SACC, di sini.

Menerusi kemenangan itu juga membuktikan golongan pro ulama. mendominasi jawatan yang dipertandingkan kali ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi sebaik selesai sesi penggulungan.