Alhamdulillah !!! PAS terus bersama PR tapi memutuskan perhubungan politik dengan DAP, Selama ni kita hanya membiarkan keceluparan DAP terhadap PAS, dia ingat PAS tiada bermaruah di dalam berpolitik, ini sekali gus memberi kefahaman kepada PKR bahawa PAS tetap merujuk kepada hukum halal dan haramnya syarat bertahalup dengan sesiapa sahaja yang menentang dasar dan pimpinan PAS secara tidak adil dan membuta tuli mengikut perasaan perlu berfikir matang
Maruah PAS terletak pada DASAR perjuangan partinya, bukan pada yang lain selain dasarnya, PAS tidak memandai-mandai mencipta dasarnya kecuali di rujuk kepada dasar Tuhan dan Rasulnya, sebab itu yang beranggap diri mereka sebagai seorang islam, sebelum nak tuduh apa-apa maka mereka perlu belajar pantang larang islam sebagai anutan agama mereka, jangan bodoh sombong - Pak Karamu
Ulama Pas lulus usul putus hubungan dengan DAP
GOMBAK - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.
Usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik disambut dengan laungan 'takbir' oleh semua perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54, hari ini.
Sejurus usul tersebut dikemukakan, seorang perwakilan dari Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa menyokong usul tersebut susulan serangan bertali-arus pemimpin DAP terhadap peribadi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP.. bukan dengan PKR atau PR.. sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR.

"Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan Pas dan
presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden
kita, yang menjadi ayah kita.
"Apakah kita sebagai anak-anak dalam Pas tiada perasaan? Sanggup menyerahkan Pas dan presidennya dinodai oleh DAP? Kita sedar bahawa keberaniaan DAP ini bersumberkan kepada sikap sesetengah daripada kita yang tidak wala kepada presiden dan parti," katanya.
Usul berkenaan diterima sebulat suara oleh kesemua 644 perwakilan Dewan Ulama Pas Pusat pada jam 6.50 petang tadi.
Dalam pada itu, Mokhtar juga berkata, Pas turut kesal dengan cara DAP 'menceroboh' urusan parti itu dalam beberapa dasar perjuangannya, terutamanya dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Malah katanya lagi, sikap campur tangan DAP untuk mempengaruhi ahli Pas dalam pemilihan pimpinan tertinggi parti itu yang baharu agar berpihak kepada mereka amat mengecewakan Pas.
"Mereka cuba mengawal muktamar yang kita adakan sehingga memberi isyarat jika sekiranya mahu Pas kekal dalam PR dan mencapai cita-cita (Putrajaya), maka kita kena kekalkan kepimpinan yang pro-PR dan DAP.
"DAP merasakan Pas adalah liabiliti kepada mereka. Banyak rancangan mereka terhalang sebab Pas kerana kita tidak setuju dengan semua perkara, lebih-lebih lagi yang bertentangan dengan syariat ALLAH.
"... lalu mereka lakukan usaha untuk mensekularkan Pas, tapi kita tidak akan membenarkan dan mengizinkan ia berlaku," tegasnya sambil disokong oleh para perwakilan.
Bagaimanapun sebaik sahaja ia diluluskan, seorang perwakilan Kelantan, Abdul Fatah Mahmud segera bangun dan berpendapat bahawa tiada keperluan untuk mengkaji semula tahaluf siyasi.
"Saya bersetuju dengan cadangan itu tetapi saya cadangkan usul itu supaya dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk dibincang dan diputuskan," katanya
Bagaimanapun, Azli bangun semula untuk mempertahankan usul tersebut sambil menegaskan ia tetap akan dibawa kepada Majlis Syura Ulama.

3 orang berkata:
makin lama makin kesian...putuskan hubungan tapi masih duduk dalam pakatan yg sama..
nak kawan ngan umno,umno pun perangai sama je mcm pkr dap gak..sume parti politik sekular demokrasi yg lain serba tak betol...x pernah betol..
alih2 lupa nak tengok cermin..rupa2 diri pun sama je mcm pkr dap umno hehe...sama2 meniti titian politik sekular demokrasi juga..mestila sama juga berpusing2 guna ayat2 politik tipu manusia..
kita dah putus tapi kita masih dlm barisan yg sama...
kesian tau..
apa la korang....
tu la kalo bab bercakap besar naik malu baca dan dgr..gunung pun boleh runtuh..
kalo bab bercakap besar mcm dh xda esok haha
Kau parti apa...syiah ka
syiah?fitnah mcm mkn kacang..biase la tu..sian....
dh putus tp 1 pakatan..haha
Post a Comment