I'MALUU : Teruslah Bekerja Untuk Islam
- Butiran
- Diterbitkan: 24 Jun 2015
- Ditulis oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi
Waspada
perancangan musuh Islam yang sentiasa mahu memecahbelahkan saf Gerakan
Islam PAS. Dari dulu sehingga sekarang kita dengar bermacam-macam
istilah yang digunakan untuk membantutkan perjuangan Islam. Kita pernah
dengar istilah golongan pondok vs golongan universiti, kemudian geng
ketayap vs geng songkok, kemudian golongan ulama vs golongan profesional
dan aktivis, kemudian golongan kolot vs golongan moderat sekarang
timbul pula istilah baru golongan konservatif vs golongan progresif.
Tidak ada kumpulan-kumpulan seperti ini
di dalam saf Gerakan Islam PAS; yang ada hanyalah para amilin samaada
dari kalangan pondok atau universiti, ulama, profesional atau aktivis,
kaya atau miskin, muda atau tua. Inilah rahsia kekuatan PAS sehingga
ianya mampu bertahan sehingga ke hari ini. Para amilin ini yang
ditarbiyah untuk berintima' di dalam PAS dan bekerja dengan penuh
keikhlasan kepada Allah.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
7 Ramadhan 1436H / 24 Jun 2015 M
Rabu
Timbalan Ketua DPPM
7 Ramadhan 1436H / 24 Jun 2015 M
Rabu
3 orang berkata:
El problema es una oportunidad para que usted cambie y aprender a hacer lo mejor en la vida.
Iyo la tu. Guna cai waktu pemilihan tempoh hari tu kerja sapa pulak??? Takke itu jugak keje Yahudi ngan Nasrani??? Sebenarnya org yg mula-mula mewujudkan label 'geng ulama' dan 'geng professional' .. lepas tu tubuh pulak 'geng ustaz' dok kondem org yg tak sependapat dgn dorang. Kononnya mereka ja berilmu agama yg tinggi... org lain tidak. Sebenarnya sinilah punca utama masalah utama dlm PAS... itulah orgnya bapa yahudi dan nasrani. Tak tuduh sapa-sapa. Tapi cukup kecewa dgn pemilihan guna 'cai'. Mcm Perwakilan tadak akal fikiran!!! ... sejak zaman U lagi aku nendokong perjuangan PAS... dok jadi 'rebat' dijalanan... setakat gas pemedih mata + air water cannon tu dah biasa rasa... sebab syg PAS. La ni.... pigidah. Yg ada jawatan kebanyakannya dok tenet vellfire/range rover/motor besar/bmw/mini cooper/.... Dlm dewan isu rakyat... parti kain dok pulun lawan. PAS... diam ja. Tak pun.. gi Jepun mkn angin waktu Sidang Parlimen... masalah rakyat jadi no. 2. PAS =UMNO=PKR=DAP=BN... anak beranak kuasai parti. Rakyat tersepit jua..... piiiirah
Haga esto siempre creo que toda su confianza en sí mismo, y tirar todas sus dudas que acaba limitan a ti mismo para salir adelante.
Post a Comment