'Saya terima apa jua ketentuan'
DATUK Mahfuz Omar bukanlah nama asing dalam persada
politik tanah air. Sikapnya yang lantang mengkritik dan membidas
mana-mana pihak termasuk rakan pakatan, menyebabkan dirinya dilihat
seolah-olah golongan progresif yang mahu menundukkan pro ulama dalam
parti hingga kecundang dalam pemilihan parti baru-baru ini. Namun itulah
keperibadian Ahli Parlimen Pokok Sena ini yang sentiasa happy go lucky,
dan sentiasa mengukir senyuman biarpun dipandang sinis dalam parti
sendiri. Setelah tidak lagi memegang jawatan utama di peringkat pusat
mahupun negeri, beliau nekad mahu meneruskan perjuangan politiknya,
biarpun sekadar bergelar Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena. Ikuti
wawancara Mahfuz bersama wartawan Sinar Harian, Roslinda Hashim.
Datuk antara tiga pemimpin Pas dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini namun, ditawarkan menganggotai Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2015-2017. Adakah keputusan sudah dibuat berhubung tawaran itu?

Saya terima surat tawaran pelantikan itu petang Ahad, bukan seminggu
lalu seperti diperkatakan. Setakat ini, saya belum buat apa-apa
keputusan. Jawapan bertulis akan saya hantar kepada Presiden untuk
maklumkan sama ada terima atau sebaliknya. Pas Pusat tidak menetapkan
tempoh tertentu untuk memberikan keputusan, malah saya sendiri pun tiada
jangka masa, dua minggu ini jadual program padat dengan pelbagai
aktiviti, selepas itu baru sempat berfikir.
Ada kemungkinan Datuk sudah tawar hati untuk terima tawaran berikutan lantikan dibuat pada saat akhir dan dilihat seperti tangkap muat?. Tambahan pula kepimpinan baharu merupakan pasukan pro ulama, di mana kebanyakan rakan sehaluan Datuk tidak lagi bersama.

Saya tidak ada apa-apa tanggapan berhubung pelantikan itu, apakah tujuan atau niat mereka memilih saya. Saya hanya bersangka baik terhadap apa yang berlaku. Dalam pemilihan lalu sudah ada ketentuan dalam proses pemilihan atau pertandingan pasti ada kalah atau menang. Ini bukan kali pertama saya kalah.
Wujudkah rasa kecewa apabila seolah-olah berlaku pembersihan dalam pemilihan parti yang menyaksikan rakan-rakan progresif dalam Pas kecundang?
Bila keadaan begini, kekosongan (jawatan) yang ada tidak dapat tampung
semua yang tewas pada pemilihan. Ini realiti yang pasti akan diperakui
semua pihak. Lantikan yang dibuat itu ada hadnya atas kuasa Presiden. Ia
tidak wajar dipersoalkan.
Rakan baik Datuk sendiri, Mohammad Sabu (Mat Sabu) jatuh merudum daripada jawatan timbalan presiden kini tidak lagi mempunyai apa-apa jawatan. Adakah Datuk kecewa dengan situasi ini, kerana Datuk dan beliau antara yang berusaha menjalin hubungan baik dengan DAP.

Saya sendiri sudah tidak ada perasaan. Saya ‘happy go lucky’ dan teruskan kehidupan macam biasa. Saya terima apa jua keadaan dan keputusan. Saya juga memaafkan sesiapa yang pernah melabel saya ‘barua DAP’ selain dikaitkan dengan kumpulan yang mahu jatuhkan Presiden. Saya tidak simpan dalam hati.
Berbeza dengan Mohamad Sabu yang nyata kecewa dengan apa yang berlaku, adakah Datuk ditawarkan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau?
Kami tidak pernah bincang bab ini. Saya dengar mengenai penubuhan
parti baharu pun ketika majlis pengumuman malam ceramah itu. Setakat ini
pun, saya tak ada terima tawaran dari mana-mana pihak termasuk Mat Sabu
sendiri untuk sertai parti baharu itu.
Selepas apa yang berlaku dalam pemilihan termasuk kemelut Pas-DAP, adakah wujud rasa kecewa dalam diri Datuk tentang nasib dan masa depan Pas?
Selepas apa yang berlaku dalam pemilihan termasuk kemelut Pas-DAP, adakah wujud rasa kecewa dalam diri Datuk tentang nasib dan masa depan Pas?
Apa yang berlaku buatkan saya sedih, bukan kecewa. Saya akui kelemahan
saya sebelum ini dalam uruskan konflik yang berlarutan memberi imej yang
tidak baik dalam hubungan Pas-PR. Kemelut ini merugikan dari aspek
sokongan rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan baharu untuk
membaiki imej dan kekecewaan rakyat terhadap Pas yang beri harapan
besar. Krisis PR memberi implikasi kepada ketiga-tiga parti (Pas, DAP,
PKR), sebab itu berkali-kali saya sebut, sebelum isu ini memuncak,
perlunya kepimpinan dari tiga parti berlapang dada dan berjiwa besar
untuk duduk semeja di meja perundingan.
Apabila ada parti isytihar PR
sudah tidak wujud, satu pihak lagi kata masih wujud, menunjukkan
masing-masing belum bersedia kembali kepada meja perundingan. Situasi
ini amat malang dan beri kesan pada PRU akan datang. Wajar diatasi
segera namun penyelesaiannya agak rumit. Satu pihak sama ada Pas atau
DAP perlu mengalah atau berundur dengan menjadi parti mesra kerajaan PR.
Sebagai contoh, kekalkan Kerajaan Selangor bawah PKR, pihak yang satu
lagi berperanan sebagai pihak yang mesra kerajaan walau tidak ada dalam
kerajaan itu. Jika kedua-dua pihak berterusan mengeluarkan kenyataan
yang agak lantang, keadaan akan menjadi sukar.
Apakah yang perlu Pas lakukan segera supaya tidak terus terheret dengan kemelut?
Apakah yang perlu Pas lakukan segera supaya tidak terus terheret dengan kemelut?
Pas perlu bertindak segera, jaga sokongan pengundi teras. Usul Dewan
Ulama Pas yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP itu disertakan dengan
sembilan alasan dari sudut syarak, yang dikaitkan dengan kepentingan
hudud, maka sudah tentu Pas tidak boleh buat pusingan U atau tarik balik
pendirian, kerana boleh menjejaskan pengundi teras Pas (Melayu Islam).
Tindakan itu kelak boleh memberi gambaran Pas tunduk pada DAP. Begitu
juga DAP, tidak boleh membuat pusingan U untuk menjaga kepentingan
pengundi terasnya, supaya kredibiliti parti itu tidak akan dipersoalkan.
Disebabkan itu, satu parti perlu mengalah untuk elak PR dituduh parti
hipokrit.
Terbaharu, kemungkinan DAP akan wujudkan satu pakatan baharu?
Terbaharu, kemungkinan DAP akan wujudkan satu pakatan baharu?
Itulah antara kebimbangan saya. Jika DAP isytihar PR sudah tidak wujud,
pakatan ini ambil parti baharu, sudah pasti Pas tidak akan bersama.
Imej PR sedikit sebanyak terpalit implikasi negatif yang akan
diterjemahkan dalam PRU. Kepimpinan tertinggi parti perlu pulihkan imej
parti masing-masing dan PR. Mereka juga perlu pulihkan keyakinan
pengundi bukan Islam kepada Pas dan PR. Jika berlaku perpecahan dalam
PR, yang tidak dapat dibendung lagi, hasilnya kelak, berlaku
pertandingan tiga penjuru pada PRU14. Ia tidak beri keuntungan dalam
aspek mahu menumbangkan kerajaan BN.
Perjalanan politik Datuk sekejap di atas sekejap di bawah, adakah kekecewaan itu boleh menjurus kepada kebarangkalian untuk Datuk tinggalkan Pas?
Perjalanan politik Datuk sekejap di atas sekejap di bawah, adakah kekecewaan itu boleh menjurus kepada kebarangkalian untuk Datuk tinggalkan Pas?
Saya tidak akan tinggalkan Pas. Menjadi tanggungjawab saya untuk
laksana tugas sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena dan Ahli
Parlimen. Saya akan pastikan prestasi itu dapat dipertahankan hingga
PRU14 kerana parlimen ini satu-satunya yang dimenangi Pas di Kedah. Itu
tanggungjawab besar untuk saya kekalkan kedudukan selain membantu tambah
kerusi Pas di Kedah.
Bermakna Datuk tidak bersedia bergelar ahli parlimen bebas?
Bermakna Datuk tidak bersedia bergelar ahli parlimen bebas?
Tiada dalam pemikiran saya ketika ini, walaupun ditawar jawatan atau
tiada jawatan dalam Pas, saya tetap berkhidmat untuk kawasan.
Ura-ura mendakwa ada ahli dan pemimpin Pas Kedah akan keluar parti?
Ura-ura mendakwa ada ahli dan pemimpin Pas Kedah akan keluar parti?
Setakat ini, saya tiada maklumat tentang ini, tidak pastilah jika ia
benar-benar menjadi kejutan kelak. Masing-masing ada kefahaman dan
pemikiran berbeza termasuk soal parti. Sudah pasti mereka perlu fikirkan
secara bijaksana termasuk kesan pada PRU14.
Reaksi Datuk terhadap tindakan Datuk Amiruddin Hamzah menolak lantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah. ?
Reaksi Datuk terhadap tindakan Datuk Amiruddin Hamzah menolak lantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah. ?
Saya juga terkejut. Kita perlu hormati pendirian beliau, walaupun sukar untuk Pas Kedah. Kemungkinan beliau mahu beri laluan kepada pemimpin agamawan untuk terajui Kedah yang sinonim dengan imej sekolah pondok.
2 orang berkata:
michael kors outlet
michael kors outlet
ed hardy uk
michael kors handbags
cheap uggs
polo ralph lauren outlet
supra shoes sale
polo ralph lauren
nike shoes
cincinnati bengals jerseys
This information is very useful. thank you for sharing. and I will also share information about health through the website
Cara Mengobati Cacingan pada Anak
Obat Benjolan di Belakang Telinga
Cara Cepat Mengobati Amandel
Obat Luka Berair yang Tak Kunjung Sembuh
Post a Comment