PULANGKAN MANDAT KEPADA RAKYAT DENGAN MEMBUBARKAN DUN SELANGOR..BARU TAHU YANG SOMBONG BONGKAK AKAN TERKUBUR - Pak Karamu
Azmin menghadap Sultan Selangor isu PR
SHAH ALAM - Pertemuan tertutup antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali
dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit
Kayangan membangkitkan spekulasi mengenai isu nasib dan masa depan
kemelut PR yang bertelagah ketika ini.
Pertemuan dua jam selepas istiadat pengurniaan watikah pelantikan hakim syariah itu menimbulkan tanda tanya wakil media.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani
ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pertemuan tertutup berkenaan,
bagaimanapun tidak mengiakan butir perbincangan yang berkisar pergolakan
PR.
“Saya tak tahu butir perbincangan antara menteri besar dan tuanku, mungkin sekadar perjumpaan rutin mingguan.
“Tuanku tidak pula beritahu saya butir perbincangan baginda dengan Azmin dalam tempoh dua jam itu,” katanya.
Memandangkan Selangor turut dihimpit krisis pentadbiran DAP dan Pas,
tidak mustahil pertemuan berkenaan membincangkan hala tuju dan jalan
terbaik dinasihatkan Sultan Selangor kepada menteri besar.
Minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberitahu, beliau
difahamkan Mohamed Azmin akan memberi penjelasan kepada sultan berkaitan
isu pembubaran PR dalam masa terdekat.
Dalam pada itu kata Rafizi, PKR telah menghubungi wakil DAP, Selangor
dan Pas dan kedua-dua parti sudah mengesahkan sokongan terhadap menteri
besar itu.
Kelmarin, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad turut
berkata, tiga Ecxo Pas sudah diarahkan meneruskan tanggungjawab dan
tidak akan memulau DAP.
2 orang berkata:
Pas lah yg bongkak, sombong dan akan terkubur. Takburrr!
Ko nie mkn pil kuda ya
Post a Comment