Jika wala kepada parti lain silakan keluar
GOMBAK - Wakil Dewan Ulama Pulau Pinang, Muhammad Hanif Harun
mencadangkan supaya ahli Pas yang wala kepada parti dan pemimpin lain
agar keluar dari parti berkenaan.
Beliau mendakwa, ada juga di kalangan pemimpin Pas yang menolak prinsip Islam yang dibawa oleh parti itu sendiri.
"Perkara ini jelas apabila kita bawa isu hudud dan isu berkaitan prinsip ada dalam kalangan pemimpin kita tidak setuju.
"Ini adalah salah satu perkara yang dilihat lemah dalam kepimpinan kita terutama dalam memahami prinsip yang telah diperkenalkan oleh Pas," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, hari ini.
Beliau berkata, tahaluf siyasi wajar dikaji dan dinilai semula disebabkan oleh beberapa permasalahan yang berlaku.
"Saya rasa perwakilan hari ini menantikan perbincangan mengenai tahaluf siyasi kerana beberapa siri konflik yang berlaku.
"Kami (Pas) Pulau Pinang ada pengalaman tersendiri untuk dikongsikan kerana sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh PR, DAP dan PKR tetapi Pas disisihkan," katanya.
Beliau berkata, tahaluf siyasi sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti itu sendiri
Dalam pada itu beliau turut menggesa Angkatan Muda keadilan (AMK) menarik balik tuduhan mereka terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kita tidak pernah sentuh batang tubuh ketua mereka. Bila kita suruh minta maaf kepada tuan guru presiden (Abdul Hadi) mereka cakap sudah minta maaf.
"Mana boleh minta maaf belakang-belakang. Sudah malukan orang di khalayak ramai, sepatutnya mereka memohon maaf secara terbuka," katanya.

5 orang berkata:
Biar pi le geng geng ug ni.. Xlama dah... Allah tunjuk nanti.. Depa ni lupabpesanan TGNA... Supaya berdakwah dan jgn dok buat gaduh dan putus silaturrahim... Ramai kalagan DAP boleh jd pejuang islam kalau mendekati dan memberi kefahaman kpd mereka tp ni tidk asyik nak putus hubungan aja...
Lebel lagi.
Lagi bangang kalau Pas masih duduk menumpang dlm PR. PKR dan DAP tak sokong dasar Pas. Apa tunggu lagi angkat kaki belahlah..Tak malu ke?

Allah akan melaknat org yg sokong org kafir(dap) dan berjuang krn pangkat dan berangan2 lebih nak ke putrajaya....pas tidak menumpang dalam PR....penubuhan PR bukan dibuat oleh PKR @ dap...cadangan asal dr PAS....dap ni sebenarnya kena berambus....tak hormat agama islam sebagai agama rasmi....dap sebenarnya tumpang tempel ja....dia tahu kalau harap pengundi cina dia tak mampu kekal kekuasaan....guna org melayu dgn masuk pakatan....tapi aibnya dibuka allah apabila keluar isu hudud...aib memang dibuka allah agar manusia kenal siapa kafir harbi, fasiq dan munafik sebenar....sekarang PAS perlu bersihkan 3 golongan ini utk capai redha Allah...iaitu buang kafir harbi, fasiq dan munafiq dlm politik Pas.
Post a Comment