Pemuda buat ketetapan sokong Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno membuat ketetapan untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jawatan yang disandang Muhyiddin itu tetap dihormati oleh Pemuda Umno.
"Jawatan Timbalan Presiden tidak boleh dilantik. Ia dipilih dan kita telah bincang dalam mesyuarat hari ini.
"Kita (Pemuda Umno) mengakui telah buat ketetapan bahawa masih menghormati Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti," katanya.
Semalam, Umno Keningau berkata akan mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti akan datang.
1 orang berkata:
Umno ni pun dah macam Pas.
Porak peranda
Hancur lebur
Hancai
Satu kumpulan sokong najib
Satu kumpulan sokong muhyidin
Satu kumpulan sokong hadi
Satu kumpulan sokong mat sabu
Post a Comment