Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH HARAPAN BAHARU FAHAM APA ITU HARAM ?

AHMAD AWANG BOLEH BAGI NASIHAT ORANGNYA TENTANG HUKUM HALAL DAN HARAM, ANDAINYA AHMAD AWANG SUNYI SEPI MAKA SAHLAH HARAPAN BAHARU BUKA PARTI ISLAM YANG DI IDAMKAN OLEH RAKYAT DAN BUKAN JUGA BERSIKAP TERBUKA DAN LUNAK LEBERAL. TAKUTLAH KAMU MEMAKAN HASIL YANG HARAM !!! -Pak Karamu
 
Lepas jawatan bila sokong ahli Parti Amanah Rakyat
Abdul Hadi Awang
Hadi Awang
 
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini menyatakan sokongan penuh ke atas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan mana-mana wakil rakyat Pas yang telah menyertai Parti Amanah Rakyat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Pas.
 
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menyifatkan saranan tersebut sebagai kenyataan yang rasional memandangkan mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu dengan menggunakan tiket Pas.
 
“Mereka yang menang sebagai wakil rakyat dalam PRU yang lalu bukanlah atas kapasiti peribadi tetapi atas Pas berlambang bulan dengan bantuan penuh dari sudut kewangan dan tenaga kerja.
 
“… Rakyat juga memberi mandat kepada mereka sebagai wakil rakyat Pas, bukannya sebagai wakil rakyat Parti Amanah Rakyat,” katanya.
 
Katanya lagi, sepertimana wakil rakyat yang telah keluar dari parti tersebut sebelum ini, mana-mana wakil rakyat yang berhasrat untuk meninggalkan parti selepas ini juga perlu meletak jawatan serta tidak dibenarkan menikmati gaji juga elaun harian sebagai wakil rakyat Pas.
 
“Sebagaimana ikrar mereka segala gaji dan elaun yang mereka peroleh adalah haram atas mereka.
 
“Atas maruah sebagai seorang Muslim yang berjanji maka ianya sepatutnya ditepati dan bukan diingkari. Hanya golongan munafik sahaja mengingkari janji-janji mereka,” katanya lagi.
 
Parti Amanah Rakyat akan terdiri daripada kumpulan gerakan Harapan Baru dan pertubuhan bukan kerajaan Islam.
 
Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Harapan Baru sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.
 
“Sekian lama sebelum ini kita mengkritik wakil-wakil rakyat yang meninggalkan parti dan melompat ke parti lain sebagaimana berlaku di Perak yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak, maka begitulah sebagai seorang wakil rakyat bermaruah sewajarnya meletakkan jawatan apabila keluar daripada Pas,” katanya lagi.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Sudahlah PAKKARA ..... GHB membawa isu rakyat , kami sebagai rakyat lagi faham ..... mana yang betul dan mana yang tak betul ...... PAS telah menzalimi ahli sendiri dan menjadi penyokong kepada kezaliman terhadap rakyat ..... PAS lagi hina sekarang .

Anonymous said...

Ni muktazilah ka apa ni?..main akai byk ni..mcm isu diutamakan syariat di belakangkan..

Anonymous said...

Woi kepalabapakau.apa kau merepek ni,mengapa kau diam bila hadi kau ponteng Parlimen.ponteng mesyarat .kalau orang kau nampak kalau kena ulamak kau sokong kau buta ke.mengapa dalam Pas banyak manusia jenis perangai setan .Hancurlah cepat Pas dan golonganya.

Anonymous said...

Haram itu seperti presiden parti islam selalu ponteng sidang parlimen. makan gaji elaun haram yg dibayar oleh duit rakyat bkn duit PAS.

tuang presideng kencing berdiri, penyokong2 kencing berlari.

FIT said...

Barua sungguh penyokong GAGAL HARAPAN BARUA (GHB)

Anonymous said...

Suka menyalak penyokong PARTI ANJING SERIGALA (PAS)

Anonymous said...

Overdose pil kuda ke FIT

Anonymous said...

Kenapa tuang presideng senyap sunyi psl hudud la ni. Mana pergi semua pejuang2 hudud Pas?

azhar said...

Tunggu je la kau mati nt masuk neraka ke syurga.....dok mencaci Sana sini buay dosa kering...beristigfar byk2...kalau ko sokong ghb sokong la....tunggu Pru nt kau jadilah pemancing undi......bagi menang ghb xyah bising2

Anonymous said...

Nasib ko sendiri pun belum tentu boleh bau syurga atau neraka sibuk nak menghukum org mcm tuang presideng parti islam yg suka ponteng Parlimen. Pas perosak Islam sebenar.

Jgn jd bodoh taksub kpd mana2 individu dan parti politik. Pas juga parti politik dlm demokrasi sekular. Mrk semua cari makan tak kira apa hingga sanggup menjual jenama agama dan bangsa.

Yg mana benar sokong..yg mana pembohong, zalim ditentang walaupun mrk itu dari golongan ulamak atau cendekiawan. Sebab Allah telah kurnia akal utk berfikir bkn guna siku dan lutut.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.