Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu pernah berdepan cabaran lebih besar sebelum kemunculan Harapan Baru dan semua masalah itu mampu diatasi sebaiknya.
“Kita anggap ia seperti nyamuk kecil, bukan cabaran besar. Pas pernah hadapi cabaran lebih besar pada tahun 80-an apabila presiden Pas keluar parti, diikuti lebih 10 pimpinan utama sehingga hanya tinggal seorang ahli parlimen ketika itu, iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Tolak BN atau Perhimpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0), di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Menurutnya, parti itu mampu bangkit semula selepas apa yang berlaku dan membuktikan kes terpencil seperti kewujudan Harapan Baru, mampu diatasi.
“Masalah itu lebih mencabar dari sekarang ini. Kita boleh bangkit semula malah dapat menarik lebih ramai penyertaan dari golongan muda,” katanya.
Mengulas dakwaan konon Pas kini seolah-olah kembali kepada parti bertaraf kampung atau mengundur, Abdul Hadi bertegas mengatakan hanya pendekatan parti yang berubah.
“Dasar dan matlamat parti tidak berubah, hanya pendekatan kita berubah. Kita dapat lihat kini Pas bukan lagi parti kampung kerana sudah melibatkan semua peringkat masyarakat.
"Ahli Pas bukan sahaja dari golongan agamawan, tetapi termasuk profesional di mana penyertaan mereka semakin meningkat,” katanya.
Mengulas mengenai tema perhimpunan, ‘Istiqamah Hingga Kemenangan’, Abdul Hadi berkata, ia mengingatkan ahli supaya sentiasa beristiqamah secara konsisten dan tidak berganjak daripada dasar dan perjuangan Pas yang membawa rahmat kepada seluruh masyarakat majmuk.
14 orang berkata:
Hadi ni dah sakit jiwa ke.takda ibrat lain ke.kalau dah rasa Pas kuat .hadi tak perlu takut dengan nyamuk kecil ni.Tapi jangan lupa pada nyamuk edies,.bila demam tapi lambat mampus cuma letih macam mat Dadah je.Ini pun macam mamai je ,demam denaggi lah tu.cakap merapu je dari dulu sampa la ni.tak renti2 .nak kata bodoh tapi macam bodoh .termasuk juga kau pakarmu.
Tapi klu kena nyamuk aedes, bole kena denggi. Kena denggi kalu tak rawat, atau kalu merapu aje, boleh mati wooo.....
Sombong dan riak betul.
Empayat besar dunia spt Rom pun boleh pupus. Inikan pula parti nyamuk mcm pas
9000 yg nak masuk, 6000 dah masuk.
9000 yg nak keluar, 6000 dah keluar
Sombongnya....
Riak tahap tinggi
Samakan ghb dgn nyamuk
Apakah pas tu dah hebat sangat?
Klu hebat macamana terengganu boleh jatuh ke umno balik?
9.01 awat la hang bengong sgt.dia umpama ghb tu mcm nyamuk kecil saja.apa nak takut.lain la kalau nyamuk aedes.anonymous ni bodoh,dungu tak habis.tu la org kata nak komen,bagi faham dulu baru komen.
9.01 awat la hang bengong sgt.dia umpama ghb tu mcm nyamuk kecil saja.apa nak takut.lain la kalau nyamuk aedes.anonymous ni bodoh,dungu tak habis.tu la org kata nak komen,bagi faham dulu baru komen.
Bila TGNA dah tak ada, barulah jelas kesombongan sesetengah pemimpin.
PAS - parti angkuh dan sombong.
Parti baru belum lagi wujud, itupun dah meracau2 tak tentu hala. Kalau dah wujud besok, jadi sasau agaknya.
Nyamuk aedea pun kecik.
Mintak2 dia kena nyamuk aedes.
Baru padan muka dia memperkecik nyamuk
Hj Hadi kena ingat kejadian Allah.
Hj dulu mula2 kecik, jln merangkak.
Lepas tu besar boleh melompat.
Lepas tu dewasa boleh berlari, bersilat.
Skarang dah tua selalu sakit2, jln pelan2
Besok lama2 mati jugak
Parti Pas pun macam tu jugak
Tunggu masa aje
namrud pun kena dgn nyamuk
kena ketuk kepala dgn kasut baru tenang.
hj hadi munafik
Post a Comment