Bukan sengaja berpecah dari Pas
SUNGAI PETANI - Bekas pimpinan dan ahli Pas bukan sengaja berpecah dari parti itu tetapi untuk membina gabungan lebih kuat dalam menghadapi BN pada PRU14.
Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, keputusan itu dibuat selepas Pas mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya baru-baru ini.
“Kalau kita (Pas) bergerak sendirian ia tidak akan ke mana. Sebab itu Harapan Baru diwujudkan sebagai satu langkah untuk menubuhkan parti politik dan PR baharu.
“Bukan sengaja kita berpecah dari Pas tetapi kita perlu ada gabungan baru yang lebih kuat untuk menghadapi pihak lawan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Harapan Baru peringkat negeri di Dewan Hock Teik Soo, Sungai Lalang, di sini, malam tadi.
Menurutnya, banyak kenangan manis politik antara rakan Pas, PKR dan DAP pada sebelum ini, namun ia sudah terkubur.
“Sebagai sebuah NGO, saya yakin kita mesti mempunyai gandingan mantap bersama DAP, PKR dan lain-lain NGO untuk menghadapi BN.
Kita tidak boleh bersendirian untuk lawan mereka kerana sejarah membuktikan bahawa kalau lawan BN secara sendirian tidak memberikan banyak hasil,” katanya.
Bagaimanapun, apabila wujudnya PR dan gabungan itu turut disokongn oleh rakyat ia berjaya merampas beberapa negeri dari BN.
“Tetapi kita kecewa dan rakyat pun kecewa apabila PR yang berjanji nak melakukan pertukaran kerajaan pada pilihan raya tidak berjaya.
“Jika tidak, hanya satu langkah lagi untuk kita kecapi impian itu tetapi PR terkubur. Oleh itu kita bersama Harapan Baru akan membentuk semula PR 2.0 untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.

6 orang berkata:
munafik pun munafik ler. janji parti pas tak ada dalam senarai PR2.0. syabas GHB!!!
PAS parti assobiyah .... kami mahu parti islam sebenar .... Rahmatan Lil Alamin ! ada pada GHB.
munafik itu hj hadi
Lagi cepat berambus lagi baik
Buat semak pas aje... shuh shuh
Sian GHB..belum nampak dasar islam yg didakwakan..dok nampak islam ala DAP ada la...politik tok kong.
Buklan segaja nak berpecah dari Pas tapi memang segaja nak pecahkan Pas dari dalam! Tapi apa kan daya, niat jahat telah dihidu oleh ahli2 dan pemimpin Pas. Perangai jadi barua cina Dap yang memang anti-islam lagi jijik kalau mengaku nak tubuh parti islam baru; Belum apa2 Lim Kit Siang dah tetapkan apa jenis islam yang boleh dan yang tak boleh.hiduplah kamu sebagai barua oarng kafir.
Post a Comment