17 Pemuda Pas Sri Gading letak jawatan
JOHOR BAHRU - Susulan peletakan jawatan 19 jawatankuasa Pas Kawasan Sri
Gading, dua hari lalu, tindakan yang sama diambil jawatankuasa Pemuda,
semalam.
Seramai 17 kepimpinan pemuda kawasan sesi 2015/2017 tersebut melepaskan
jawatan masing-masing yang diketuai Ketuanya, Noorazrin Sakib.
Beliau turut menyandang jawatan selaku Ketua Lajnah Politik dan
Organinasi berbuat demikian kira-kira jam 10.20 malam tadi di Pusat
Khidmat Wakil Rakyat Dun Pt. Yaani. “Dengan ini pada tanggal 27 Ogos
2015 pada jam 10.20 malam, kami dari sebahagian ahli jawatan kuasa
pemuda Pas kawasan Sri Gading telah meletakkan jawatan berkuatkuasa
serta merta.
“Bersama kami sebahagian dari ketua dan ahli jawatankuasa pemuda cawangan-cawangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Noorazrin yang mewakili rakan seperjuangan yang lain turut memohon maaf
atas kekurangan dan kelemahan sepanjang memegang kepimpinan Pemuda.
“Semoga ukhwah yang kita bina selama ini subur hingga akhirnya dan mendapat rahmat,” katanya.
Turut mengambil keputusan yang sama, Timbalan Ketua Pemuda merangkap
Pengerusi Jabatan Pilihanraya Pemuda, Ahsanuddin Saja dan Naib Ketuanya
yang juga Ketua Pemuda Cawangan Panchor, Khairulnizam Abd Manaf bersama
14 yang lain.
1 orang berkata:
Selamat berjuang jgn berjuang mengutuk pas sudah.tak kemana nanti jd nya.
Post a Comment