Harapan Baru jemput Muhyiddin sertai Bersih 4.0
KUALA LUMPUR - Hasrat Anak Muda Harapan Baru untuk menyampaikan sendiri
undangan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin menyertai himpunan Bersih 4.0 Sabtu dan Ahad ini tidak
kesampaian.
Ketuanya, Mohd Sanny Hamzan bersama Naib Ketuanya Shazni Munir tiba di kediaman Muhyiddin kira-kira jam 11.30 pagi namun akhirnya terpaksa mengambil keputusan memasukkan surat jemputan ke dalam peti surat rumah Timbalan Presiden Umno itu.
Difahamkan, Muhyiddin tiada di rumah sewaktu ketibaan mereka. "Sebagai bekas TPM kami percaya bahawa Tan Sri mempunyai rasa untuk menyelamatkan negara ini, malah lebih penting rakyat menunggu seorang bekas TPM supaya tampil berani untuk keluar meperjuangkan masa depan rakyat," kata Shazni kepada pemberita yang setia menanti di luar kediaman Muhyiddin, di Bukit Damansara, di sini, hari ini.
Sementara itu menurut Mohd Sanny, keyakinan mereka terhadap Muhyiddin dalam mendepani nasib rakyat telah menyebabkan mereka tampil untuk menjemput Muhyiddin.
"Muhyiddin yang kini Timbalan Umno, punyai integriti moral yang tinggi dan berani sebab itu masyarakat harap Tan Sri hadir dalam himpunan Bersih," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Sanny berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa himpunan kali ini akan diadakan dalam keadaan aman.
"Kita dah sebutkan bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan aman, perhimpunan yang mengikut perlembagaan.
"Oleh itu , kita akan pastikan perhimpunan ini tenang dan aman, kerana Sekretariat Bersih juga sudah ada langkah-langkah yang akan diambil dan pendekatan bagi membolehkan himpunan itu dijalankan dengan baik,
"Untuk pengetahuan semua, Harapan Baru juga sudah ada satu NGO yang dinamakan Arif, satu pertubuhan kita telah daftarkan, dan penyertaan 500 orang bersama-sama menjaga kelancaran lalu lintas, keselamatan, dibantu teman-taman kita dalam AMK, akan sendiri turun, dan wakil Dapsy sebanyak 500 orang akan turun pada 29,30, ini," katanya.
Dalam pada itu ujarnya, pihaknya sudah memberikan arahan kepada ahlinya seluruh negara agar turun ke himpunan itu dan berharap tiada mana-mana pihak yang cuba merosakkan himpunan itu.
"Kalau boleh nak ramai, menyelamatkan ekonomi, itu tuntutan kita, jadi kita harap semua pihak bersama-sama, sebab kita tidak mahu rosakkan apa-apa, kita tidak mahu cetuskan perkara tidak baik, yang kita hendak selamatkan adalah negara kita Malaysia, bukan Mongolia," katanya.
Terdahulu Mohd Sanny dan Shazni memberitahu bahawa mereka telah memaklumkan tujuan kehadiran mereka ke kediaman Muhyiddin terlebih dahulu.
"Kami telah berhubung dengan pegawai Muhyiddin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), maklum nak hantar surat jemputan minggu lepas lagi.
"Maklum balas yang diterima positif namun kalau Muhyiddin tidak hadir terpulanglah kepada beliau," katanya.
2 orang berkata:
adalah lebih berharga menjemput mahyudin dari mempelawa Hadi yang tidak bolih dipercayai lagi,sikapnya lintang puking,bukan lintang pukang daaaaa,
adalah lebih berharga menjemput mahyudin dari mempelawa Hadi yang tidak bolih dipercayai lagi,sikapnya lintang puking,bukan lintang pukang daaaaa,
Post a Comment