Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMBOHONGAN TEGAR


Penyelaras Harapan Baru Pahang, Dr Hamzah Jaaffar berkata,  mana-mana individu yang mahu menjadi penyokong Harapan Baru dibolehkan dengan syarat mereka memahami matlamat penubuhan gerakan itu.

“Mereka yang berminat dengan perjuangan tidak kira ahli  Pas, Umno, PKR  mahupun DAP boleh menyertai gerakan ini, kita tidak paksa.

“Kita terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bersama kita dan mengenai sokongan ahli Pas terhadap Harapan Baru, saya rasa buat  masa ini mereka menunggu penubuhan parti baharu ini sebelum menyatakan sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Sempurna Resort di sini, semalam.

Menurutnya, parti baharu ini akan dilancarkan di Pahang pada 12 September depan selepas pelancaran rasmi Harapan Baru pada 31 Ogos ini bertempat di Kuala Lumpur.

Dr Hamzah berkata,  Harapan Baru ini turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, namun pendekatannya berbeza terutamanya dari sudut pendekatan dan pembawaannya.

“Kita lebih menitikberatkan kepada perjuangan untuk kebajikan rakyat dan mewujudkan sebuah kerajaan bersifat amanah.

“Saya yakin dan percaya parti baharu itu akan memperjuangkan hak untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama,” katanya.

Katanya, kewujudan parti baharu ini bukan untuk menjadi saingan mana-mana  parti sedia ada, bahkan ia akan menjadi pengukuh kepada pakatan baharu yang akan dikenali sebagai Pakatan 2.0.

“Saya percaya Pakatan 2.0 ini mampu berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang begitu berani melakukan penyelewengan khususnya dalam mengurus kewangan negara dan pemerintahannya perlu ditamatkan,” katanya.

Dr Hamzah turut mengharapkan parti baharu yang berasaskan perjuangan Islam dilihat sebuah parti politik sihat di negara ini memandangkan konsep lebih kepada keadilan dan kebajikan  untuk rakyat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau orang hang pandai je lebelkan .pembohong tegar lah .apa lah,kalau ulamak kau tu menipu ,ponteng ,ciluk hang nak lebelkan dia apa? pembohong sunat? pengkelengtong halal,penciluk bersih? penulis macam kau ni pulak kita nak lebelkan apa?penyetan? apalah kau mamat ,.makin hari semakin jahat.

Anonymous said...

Kalau orang hang pandai je lebelkan .pembohong tegar lah .apa lah,kalau ulamak kau tu menipu ,ponteng ,ciluk hang nak lebelkan dia apa? pembohong sunat? pengkelengtong halal,penciluk bersih? penulis macam kau ni pulak kita nak lebelkan apa?penyetan? apalah kau mamat ,.makin hari semakin jahat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.