Bersih 4.0 jadi pesta vuvuzela
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung semalam di ibu kota seolah-olah menjadi pesta alat muzik, vuvuzela.
Sebahagian besar peserta meniup vuvuzela sepanjang himpunan tersebut bermula seawal kira-kira jam 10 pagi.
Suasana itu kemudiannya kian rancak kira-kira jam 12 tengah hari susulan bertambahnya peserta di sekitar kompleks beli belah Sogo, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.
Suasana kian bingit dengan tiupan vuvuzela apabila peserta mula bergerak menuju ke kawasan Dataran Merdeka dan membanjiri sekitarnya.
Kelihatan juga para peniaga mengambil kesempatan untuk menjual alat muzik berbentuk tanduk dengan pelbagai warna itu tersebut di sekitar kawasan himpunan tersebut.
Peserta-peserta juga kelihatan seronok seolah-olah 'bersatu' dengan peserta-peserta lain dan menghasilkan bunyi yang menarik seakan berbalas bunyi.
Meskipun bunyinya yang nyaring itu agak membingitkan telinga terutama untuk orang yang berdekatan dengan peserta yang meniup alat muzik tersebut, namun peserta-peserta lain seolah-olah tidak kisah dengan suasana itu.
Malah sehingga jam 12 tengah malam, bunyi vuvuzela masih kedengaran di sana sini sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
2 orang berkata:
Kami melihat , PAS lagi kabur dan hilang arah perjuangan ...... mereka ini tidak tidak lagi menjuarai isu rakyat . Mereka lebih kepada kepentingan rakan , peribadi dan anak menantu ....mengejar kekayaan / keduniaan jugak akhirnya . Itu lah PAS sekarang , jauh menyimpang , kawan yang berjuang bersama PAS berpuluh tahun , sanggup mencaci , ini pula kami yang rakyat biasa ..... lagi tak pandang ! SELAMAT TINGGAL PAS !!!
Tergamak kata pas
Post a Comment