Tun M gesa Zahid dedah identiti penderma
SHAH ALAM - Identiti individu dari Timur Tengah yang didakwa memberi
derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
melalui akaun peribadinya perlu didedahkan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebelum ini,
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan telah
bertemu ketua pegawai pelaburan daripada penderma serta pemegang amanah
keluarga berkenaan.
“Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) telah bertemu dengan wakil penderma. Kemudian beliau perlu buktikan bahawa individu tersebut mempunyai sejumlah besar wang untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain.
“Apakah sumber wang itu? Apa perniagaan yang dibuat? Bank manakah yang digunakan? Tunjukkan akaun di bank, cek yang dikeluarkan, terutama RM2.6 bilion, dan bank penerima semestinya memegang cek tersebut,” kata Dr Mahathir dalam blognya, semalam.
Dr Mahathir berkata, kesemua maklumat itu berkemungkinan telah disahkan oleh pasukan khas yang menyiasat isu tersebut.
“Tetapi pasukan petugas khas telah dimansuhkan. Sekarang ini SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dikatakan masih menyiasat RM2.6 bilion. Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion di Ambank, beliau perlu membentuk semula pasukan petugas khas yang luhur. Pasukan petugas baharu yang ditubuhkan tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.
Walaupun pihak bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan, katanya, ia perlu melaporkan sekiranya mengesyaki berlakunya penggubahan wang haram.
“Bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak perlu menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah mereka lakukan?
“Apabila wang yang dicuri dimasukkan ke bank, tujuannya adalah untuk menghalalkannya. Namun wang itu telah hilang dari Ambank kerana akaun telah ditutup,” katanya.
Dr Mahathir berkata, apabila akaun ditutup, tidak bermakna sejumlah besar wang telah dikeluarkan secara tunai.

“Ia mesti telah dipindahkan ke bank lain, namun kita tidak dengar
laporan dari mana-mana bank yang mengakui wang ini ada dalam simpanan
mereka. Dua akaun telah dibekukan di Singapura dan itu sahajakah?
“Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat dan adakah bank-bank menyimpan wang ini. Jika ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan, jelas sekali wang telah digubah,” katanya.
Menurutnya, jika perkara berkenaan benar, apa keperluan bagi bank untuk meneliti jumlah wang yang telah didepositkan kepadanya.
Beliau turut menjelaskan RM2.6 bilion adalah satu jumlah besar bagi keperluan pilihan raya di Malaysia.

"Kecualilah ia untuk merasuah pengundi. Mengapa ada orang mahu merasuah
pengundi supaya Najib boleh menang? Rakyat telah menyokong BN tanpa
perlu diberi rasuah yang besar oleh sesiapa, lebih-lebih lagi daripada
orang asing," katanya.
2 orang berkata:
Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

Post a Comment