Gempa bumi kuat landa Papua Barat
JAKARTA - INDONESIA. Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala
Richter menggegarkan Kota Sorong, sebuah kawasan terpencil di Papua
Barat, Indonesia, malam tadi.
Laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata
gempa itu berlaku 1.06 pagi tadi waktu tempatan (10.53 malam waktu
Indonesia Barat) dan berlaku di lokasi sekitar 31 kilometer sebelah
timur laut Kota Sorong.
Papua adalah wilayah paling timur Indonesia dan perbezaan waktu antara wilayah itu dengan Jakarta ialah kira-kira 2 jam.
Bagaimanapun kejadian gempa pada kedalaman 10 kilometer itu tidak mengeluarkan amaran tsunami.
Setakat ini pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kemungkinan terdapat mangsa akibat gempa itu atau berlaku kerosakan bangunan.
Sementara itu, agensi berita Indonesia, Antara melaporkan para penduduk di wilayah Papua Barat panik ketika berlaku gempa bumi itu dan mereka berlari
keluar dari rumah maisng-masing.
Ketua BMKG daerah Manokwari, Deny Putirai berkata gegaran yang kuat akibat gempa itu turut dirasai di Manokwari iaitu ibu kota Papua Barat.
"Kedalaman gempa 10 kilometer tidak berpotensi tsunami namun masyarakat diminta berwaspada kemungkinan terjadinya gempa susulan," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment