Amanah belum terima jemputan H60K
PETALING JAYA - Parti Amanah Rakyat (Amanah) mengesahkan belum menerima
sebarang jemputan rasmi bagi menghadiri Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu
(H60K) di Kota Bharu, Kelantan, bulan depan.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika pihaknya dijemput, mere akan meneliti objektif penganjuran himpunan tersebut terlebih dahulu.
"Setakat ini belum dijemput lagi secara rasmi. (Kalau dijemput akan pergi?) Kita kena lihat dahulu objektifnya. Kita libatkan diri dengan Bersih (Bersih 4.0) jelas isu dan objektifnya.
"Kita tak pergi Himpunan Baju Merah pun jelas objektifnya. Jadi kita sangat objektif. Kita akan lihat dulu apa objektif program itu," katanya pada sidang media di Ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pas memberitahu pihaknya akan menjemput semua parti politik pembangkang dan kerajaan serta NGO menyertai himpunan itu.
Pas menganjurkan Himpunan Fastaqim atau 60,000 (H60K) yang turut dikenali sebagai Himpunan Hijau akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Oktober ini.
Pengarah H60K, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, matlamat dan objektif himpunan itu berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini.
Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda Pas berkata himpunan itu bagi membangkitkan semangat akar umbi parti.
7 orang berkata:
Tak jemput lagi baik.lagi pun pertubuhan tu kan blm diluluskan ros.
Tak jemput lagi baik.lagi pun pertubuhan tu kan blm diluluskan ros.
Boleh cukup 60K ker kalu tak jemput?
Kan dah byk yg gi ke Amanah......
Ros dah luluskan.
Dap pun pembangkang.
Jemput Dap tak?
Klu susah sangat, jemput umno aje la.
Umno kan pembangkang (kat kelantan)
Yesss......
Confirm 100%.
AMANAH akan bertanding di semua kerusi di kelantan pd pru14. Pertandingan 3 penjuru nampaknya... .Kita bakal dpt MB baru. Padan muka Mat2 Balak. Nasib mangsa2 banjir kelantan akan dibela oleh kerajaan persekutuan. Jangan risau, pas bukan ugama. Pas cuma parti politik 100%. Tak berdosa langsung kalau tak undi pas.
Ikut suka hangla parti cangkuii
Haha parti cangkul.. Yg Akan tanam dap,pkr pru 14,klu x percaya kita tunggu nanti,jgn hrp nk menang klu xda undi Dari org Pas. Grenti kalah.
Post a Comment