Ibadah tak t'jejas, keselamatan tetap 'keutamaan'
MINA - Putera Mahkota Arab Saudi mengarahkan siasatan dalam insiden
rempuhan yang menyebabkan lebih 700 jemaah haji maut semalam.
Putera Mohammed Nayef, yang mempengerusikan jawatankuasa haji Arab
Saudi, mengarahkan siasatan semasa pertemuan dengan pegawai-pegawai
kanan yang bertanggungjawab atas jemaah di Mina, di mana rempuhan itu
berlaku.
Menurutnya, hasil siasatan itu akan diserahkan kepada Raja Salman, "yang akan mengambil langkah-langkah yang sesuai".

Pada masa itu, Nayef berkata, kemalangan itu tidak akan menjejaskan
ibadah haji tahun ini dan keselamatan jemaah adalah "keutamaan".
Dalam laporan sebelum ini Raja Arab Saudi, Raja Salman telah mengarahkan semakan pelan organisasi jemaah haji dibuat bagi membolehkan proses haji dijalankan dengan selamat.
Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Pertahanan Awam berkata, pihaknya masih mengira angka kematian jemaah haji yang terlibat dengan insiden terbabit.
Manakala Iran dilaporkan mengumumkan kematian 90 rakyatnya setakat ini, selain mengemukakan pertuduhan terhadap Arab Saudi dari segi kesilapan dan keselamatan.
"Kerajaan Arab harus bertanggungjawab terhadap tragedi ini.
"Salah urus dan tindakan yang tidak betul menyebabkan malapetaka ini," kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam talian.

0 orang berkata:
Post a Comment