Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN CAMPURI HAL DALAMAN PARTI RAKAN

Rakan mudah membaca niat kawan yang suka mencampuri urusan dalaman parti kawan yang menjadi dasar perjuangan, iaitu mahu melingkupkan dasar parti kawan yang menjadi pegangan mereka.  Niat mencampuri dasar parti kawan mungkin perangai terlalu jahat, tambahan lagi jika dasar dasar parti kawan tersebut dikaitkan dengan kepercayaan beragama.

Kawan yang mencampuri urusan parti kawan mungkin ada niat yang jahat, iaitu untuk melenyapkan atau merobohkan dasar dan kepercayaan beragama kawan, ini bererti bahawa kawan ada niat yang tersirat yang dianggap bahaya, nasib baik cepat terhidu, dan ini terbukti jelas apabila kawan mendorong  kawan lain supaya tubuhkan parti untuk melawan dasar kawan, maka ia TERBUKTI !!!!

Apabila tertubuhnya kumpulan  apa yang dikatakan NGO sebelum menjadi parti maka PENGKHIANAT sudah bersuara mahu melenyapkan parti atau mengganti parti atau arternatif kepada parti islam, yang berdasarkan islam dan mereka mengakui pula sebagai parti islam yang sebenar, jadi nampak sangatlah kawan mempunyai perjuangan serampang dua mata, satu untuk BERKUASA dan satu lagi untuk menghapuskan dasar kepercayaan BERAGAMA oleh parti kawan, dengan memperkenalkan islam yang baru, iaitu PROGRASIF ATAU LIBERAL,   oleh itu:

PENGKHIANAT ITU PROFESIONAL DAN PROFESIONAL ITU PENGKHIANAT PROGRASIF LIBERAL - Pak Karamu

Tak ada perkara baik, tak payah cakaplah

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Akui sering ditanya tentang pergolakan dalaman pakatan pembangkang, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu prinsipnya sangat mudah dalam berdepan situasi itu.

"Pada kebiasannya, saya tidak terlalu tertarik untuk komen politik. Ramai yang datang tanya saya tentang pergolakan dalaman Pas, parti baharu, pergolakan antara PKR, DAP dan sebagainya.

"Saya berpegang pada satu prinsip, jika tiada perkara yang bagus saya nak cakap, lebih baik saya tak perlu cakap apa-apa. Prinsip saya mudah. Jangan buang masa kita. Banyak lagi kita boleh buat," katanya pada forum Diskusi 3.0 : Integriti Dan Kenegaraan, di sini semalam.

Menyentuh soal gabungan pakatan pembangkang, beliau memberitahu ada garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan terma kawan menjadi lawan.

"Jika kita nak bergabung, kita tidak sepatutnya mencampuri hal dalaman parti rakan. Kalau kita campur, maknanya kita bukan sahaja kawan, boleh jadi lawan dalam perkara ini. Jadi, prinsip itu penting. Itupun sebahagian daripada integriti kita.

"Apabila ada perbincangan Pas nak laksana hudud, DAP tidak boleh persoalkan kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab Pas. Jadi, memahami boleh, mempersoalkan itu tidak boleh," katanya.

Malah katanya, pembangkang perlu membina pasukan yang menerima konsep ketelusan dan kebertanggungjawab untuk berjaya.

"Dulu boleh disorok-sorok tapi sekarang tak boleh lagi. Apa yang kita cakap sekarang, ketika itu juga orang tahu, sudah tidak boleh diubah.

"Oleh itu, parti-parti yang akan berjaya adalah yang telus dan menerima ketelusan itu serta tiada udang di sebalik batu. Kita juga kena terima konsep kebertanggungjawaban," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.