Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

sempena raya korban

5 kenderaan rosak, paip konkrit jatuh atas jalan
5 kenderaan rosak, paip konkrit jatuh atas jalan
Keadaan jalan yang dipenuhi paip konkrit yang pecah.
 
SERDANG – Sebanyak lima buah kenderaan rosak apabila melanggar muatan paip konkrit yang pecah dan jatuh di atas jalan di Kilometer 305.4 Lebuh raya Utara Selatan arah utara, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6.45 berlaku ketika lori yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun membawa muatan paip konkrit dalam perjalanan dari Kajang ke kawasan perindustrian di Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, kemudian, ketika sedang melalui di bawah jejambat, muatan paip berkenaan telah tersangkut dan melanggar jejambat tersebut.

Menurutnya, akibatnya, muatan berkenaan telah pecah dan bertaburan di atas jalan raya.

“Pada masa sama, datang beberapa buah kenderaan lain dari arah sama tidak sempat membrek dan mengelak konkrit tersebut.

“Insiden itu turut menyebabkan lima buah kereta jenis Mazda, Proton Pesona, Honda City, Honda Civic dan Proton Saga melanggar sesama sendiri dan melanggar konkrit,” katanya.

Beliau berkata, insiden ini menyebabkan kereta ini mengalami kerosakan di bahagian depan dan belakang.

Katanya lagi, bagaimanapun, kemalangan ini tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian pada pemandu kereta tersebut.

“Kemudian, dengan bantuan pihak Propel dan C Clean, lokasi kejadian telah dibersihkan bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.