Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERAJAAN ARAB DIMINTA BERTANGGUNGJAWAB

Arab Saudi diminta bertanggungjawab insiden rempuh
rempuhan Mina
Insiden rempuhan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika jemaah haji sedang melakukan ibadah melontar di Jamrah 24 September 2015. - Sumber Foto Jabatan Pertahanan Awam Saudi
 
SHAH ALAM – Kerajaan Arab Saudi hari ini diminta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tragedi rempuhan yang berlaku di Mina, semalam.

Rempuhan tersebut menyebabkan angka korban meningkat kepada 717 jemaah dan mencederakan lebih 800 yang lain.

Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdullahain seperti yang dipetik sebagai berkata, pihaknya melihat kegagalan jelas membabitkan pihak berkuasa eksekutif Arab Saudi dalam menguruskan pergerakan dan kelancaran jemaah haji.

"Kegagalan pengurusan oleh pegawai eksekutif yang bertanggungjawab memastikan pergerakan jemaah haji ke arah Jamarat telah menyebabkan insiden pahit dan malapetaka ini.

"Pegawai Saudi perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini," katanya seperti yang dilaporkan menerusi portal berita tempatan, hari ini.

Kejadian rempuhan di Mina meragut sekurang-kurangnya 90 nyawa jemaah Iran dan Tehran turut mengumumkan tiga hari berkabung.

Insiden membabitkan jemaah haji itu merupakan tragedi terburuk pernah dicatatkan dalam tempoh 25 tahun.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.