Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DALAM POLITIK MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU

Bukan semua pengundi Cina sokong DAP

Mohd Amar Nik Abdullah
 
 
KOTA BHARU - Bukan semua pengundi daripada masyarakat Cina menyokong DAP, dakwa Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ini berdasarkan kaji selidik dijalankan Pas selepas parti itu mengesahkan telah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya Jun lepas.
  
"Jangan ada tanggapan semua orang Cina sokong DAP ... DAP juga tidak boleh menganggap dia mendapat sokongan (seratus peratus) daripada masyarakat Cina (ketika  ini)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu selepas Pas tidak menyertai Pakatan Harapan yang‎ ditubuhkan pada minggu lepas dan dianggotai PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara (Amanah).
  
Mohd Amar mendakwa bukan semua masyarakat Cina marah kepada Pas selepas parti itu tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan DAP.
 
"Dalam konteks masyarakat Cina di Kelantan, masih elok hubungan (masyarakat itu) dan (mereka) masih menyokong Pas. (Ia berdasarkan) kaji selidik yang kita buat.
  
"Ada (dakwaan) yang cakap bila Pas berpecah dengan DAP sekaligus menyebabkan masyarakat itu menolak Pas, itu tidak betul. Bukan semua yang marah kepada Pas," katanya.
  
Ditanya mengenai hasrat Amanah untuk bertanding di enam kerusi Parlimen di seluruh negara termasuk Parlimen Kuala Krai, Mohd Amar berkata segala kenyataan yang dibuat oleh pihak penaja parti itu adalah bohong semata-mata.
  
"Dulu dia (Amanah dakwa) tidak akan ganggu Pas di Kelantan. Kalau betul-betul mereka nak bantu Pas, dia patut biar Pas (sahaja) bertanding di Kelantan," katanya. - Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

DAP tak pernah pun dan DAP tak perlu pun mengatakan pengundi cina yang mengundi DAP.Secara tersendiri memnag pengundi cina yang banyak mengudi DAP,Jadi Nik tak Amar tak payahlah keluar kenyataan seperti budak TADIKA,malulah sebagai Timbalan Menteri Besar.Kalau ada pun cina yang mengundi Pas adalah disebabkan ketokohan TGNA ,tetapai sekarng ni .maaf bercakaplah .taan ada cina nak sokong kau tu.lagi satu ,apa yang kau takut denagn Amanah.biarakn sahaja mereka bertanding di Kekantan ,yang menentukan kemenangan adalah rakyat .apa yang kau takut.jangan jadi tak cerdik le.Wahai Pakarmu ,tolong siarkan apa kata S/Usaha Pas Selangor tentng hubunag dengan DAP.berbelit2 .malu kita telah dipermainkan oleh DAP.

Anonymous said...

MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI

mosabit said...

tak pasal pasal kena bayar saman kat toke balak cina....ingatkan tak suka cina.....tapi cina jugak di bagi balak...maka pas kelantan pun dapak balak.....nak salahkan siapa...takkan ni kijer dap.....

sesungguhnya yg buruk itu datang dari pemimpin pas kelantan...

Anonymous said...

Bg balak kat cina dgn harga murah lak tu. Ish ish ish takde TGNA raya sakan deme ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.