- Butiran
-
Diterbitkan: 28 September 2015
-
Ditulis oleh DUNPk
KENYATAAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PERAK
1. Dewan Ulamak Pas Negeri Perak (DUPNPk), setelah meneliti teks khutbah
yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang, terutamanya
berhubung dengan penyataan berikut, “Malahan terdapat segelitir umat
Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam”. Setelah
meneliti penyataan ini dan penyataan-penyataan sebelum dan selepasnya,
DUPNPk bersetuju bahawa penyataan tersebut tidak berbentuk fitnah,
tetapi dalam bentuk nasihat daripada sebuah badan yang berautoriti di
peringkat negeri memperkatakan tentang Islam, malah keautoritiannya
dipelihara oleh undang-undang.
2. DUPNPk ingin mempertegaskan bahawa salah satu punca terputusnya
hubungan politik (tahaluf siasi) PAS dengan DAP adalah disebabkan sikap
keras dan lantang DAP terhadap pelaksanaan Syariah Islamiah, secara
khusus dalam isu Kanun Janayah Syariah Negeri Kelantan, walaupun setelah
dinyatakan pelaksanaannya hanya kepada umat Islam di negeri Kelantan.
Di sini DUPNPk ingin menegaskan sekali lagi agar DAP jangan suka
campurtangan urusan Islam, apatah lagi berhasrat mencampuri urusan badan
yang telah diamanahkan menjaga pentadbiran Islam seperti JAIP.
3. DUPNPk juga amat kecewa apabila ada dalam kalangan pimpinan DAP yang
beragama Islam berhasrat untuk mengambil tindakkan undang-undang
terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), jika enggan memohon maaf.
DUPNPk amat-amat kecewa, bagaimana seorang muslim yang beragama Islam
berhasrat menyaman sebuah badan yang berautoriti memelihara dan menjaga
kewibawaan Islam? Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah
seorang yang menghayati Islam.
4. Dengan penegasan dan kekecewaan tersebut, kami daripada Dewan Ulamak
Negeri Perak (DUPNPk) bersolidariti dan memberikan sokongan penuh
terhadap sikap tegas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) TIDAK MEMOHON
MAAF KEPADA DAP bagi memelihara maruah sebuah badan yang diberikan
amanah menjaga martabat dan kesucian Agama Islam, agama yang terang dan
jelas terpelihara dalam perlembagaan Negara.
5. Akhirnya, DUPNPk juga menasihatkan pimpinan DAP yang beragama Islam
atau bukan Islam, agar membatalkan hasrat dan niat kalian untuk
mengambil tindakkan undang-undang terhadap sebuah badan berautoriti
menjaga Agama Islam, supaya kalian tidak dilihat dan terlihat berterusan
menentang Agama Islam.
Sekian wassalam,
Tuan Guru Sidek Mohd Noor
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak.
14 Zulhijjah 1436
28 September 2015
2 orang berkata:
Tahniah JAIP.
Tahniah JAIP.
Post a Comment