Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PANDAI MENJAGA HATI PUNCA MASALAH

Bukan mudah uruskan muafakat, perlu berhemah

Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.


SHAH ALAM - PKR mengakui bukan mudah menguruskan muafakat namun ia perlu ditangani dengan berhemah menerusi kebijaksanaan kepimpinan supaya semua parti pembangkang bersatu dalam PR 2.0.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, pendirian PKR sejak awal ialah mengambil sikap inklusif dan akan bekerjasama dengan semua pihak yang komited dengan agenda reformasi.


“PKR akui untuk uruskan muafakat bukan satu perkara mudah tetapi kita perlu buat sebab itulah namanya kepimpinan.


"Pemimpin ini perlu berjiwa besar, sabar, tabah  jika ada masalah rungkaikan, selesaikan bukan tambahkan masalah... itulah  kepimpinan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), di sini hari ini.


Menteri Besar Selangor itu menegaskan krisis seperti ini tidak wajar dilihat sebagai satu kelemahan namun peluang bagi melakukan muhasabah untuk memperbaiki keadaan jika dilihat secara positif.


“Untuk melakukan perubahan di Putrajaya kita harus bekerjasama dengan setiap parti, setiap individu yang sedia untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya,” katanya.


Beliau menjelaskan peranan yang dilaksanakan PKR ini bukanlah selaku orang tengah semata-mata.


Katanya,tanggungjawab PKR untuk bersama-sama dengan semua parti dan pihak yang cintakan keadilan dan kebenaran.


Bagaiamanapun Azmin enggan mengulas kenyataan diterbitkan  pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang memaklumkan penolakan Pas menyertai PR 2.0 akan memudahkan pelaksanaan berkenaan.  


“Itu komen Amanah, saya mewakili PKR. Saya nak semua pihak, semua parti dan juga individu bersama dalam PR 2.0.Persidangan meja bulat esok (hari ini)  hanyalah untuk berunding dan berbincang ke arah itu.


“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah sampaikan undangan kepada semua parti dan beberapa individu dan kita mengambil sikap terbuka mahu berbincang bagaimana nak memperkukuhkan muafakat parti-parti politik,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.