Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUGAS JABATAN AGAMA ADALAH MEMPERKATAKAN PERATURAN AGAMA YANG HAK


Khutbah beri nasihat bukan hukuman‎

Khutbah beri nasihat bukan hukuman‎
Syed Ibrahim (dua kiri) sewaktu menziarahi keluarga kaum Cina di perkampungan Cina di Kerdau semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, meragui kredibiliti alim ulama dan cendekiawan Islam yang menggubal teks khutbah tersebut adalah seperti juga mempunyai kefahaman agama yang lemah.

Menurutnya, pengisian khutbah adalah berupa nasihat serta bukan suatu hukuman dan adalah sesuatu yang menghairankan jika nasihat yang baik seperti itu tidak dapat diterima.


“Saya sendiri hanya mengetahui teks khutbah itu apabila dibacakan pada khutbah Hari Raya Aidiladha lalu, dan mengambil pendirian untuk menerima dengan hati yang terbuka di atas teguran yang dibuat mufti.


“Memahami khutbah adalah satu nasihat maka tindakan untuk muhasabah diri amat perlu sesuai dengan seruan ALLAH SWT dan Rasulullah SAW supaya umat Islam bersatu padu.


“Sekiranya DAP bertegas mahu saman Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tiada siapa boleh menahan, negara kita mengamalkan keterbukaan dan kebebasan bersuara berteraskan demokrasi,” katanya.


Syed Ibrahim ditemui pada program ziarah ke perkampungan Cina di Kerdau, semalam.

Syed Ibrahim berkata, jika diteliti teks khutbah Aidiladha tersebut, teguran yang dibuat merangkumi semua pihak dan tidak hanya menjurus kepada DAP tetapi mungkin teguran kepada DAP itu agak keras berbanding kepada parti atau pihak lain.


Beliau berkata, penggubalan teks yang agak politikal kali ini berkait rapat dengan kebimbangan Mufti dan Institusi Mimbar di atas pergeseran dan jurang perpisahan yang semakin ketara dalam umat Islam.


“Nasihat melalui khutbah yang bernada agresif kali ini menunjukkan bahawa Institusi Mimbar tidak lemah dan tidak goyah dalam menyatakan kebenaran.


“Nasihat yang agak tegas dan agresif kali ini tidak sama sekali merupakan pandangan dan kebencian kepada mana-mana agama atau bangsa,” katanya.


Syed Ibrahim berkata, semua masjid-masjid di seluruh Pahang perlu kekal dan tetap menggunakan teks khutbah yang disediakan dan tidak sama sekali mengambil kesempatan dengan memanipulasi demi kepentingan politik kepartian di atas mimbar.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Ahli2 Dap bangsa melayu yang tak suka dan benci kepada nasehat bersabit akidah, bolehlah buat permohonan murtad supaya tak sakit hati. Lagi pun kamu semua selama ini lebih sayang pemimpin2 cina kafir Dap daripada ulamak2 dan bersekongkol menentang perlaksanaan hukum islam, jadi buat apa menyemak mengaku beragama islam. Khutbah tu ditujukan khas untuk orang islam, tak ada kena mengena dengan munafiq seperti kamu!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.