Najib mungkin didakwa undang-undang negara luar
SHAH ALAM - Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
didapati terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram beliau mungkin
akan ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara lain.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, ini kerana jenayah tersebut merupakan satu kesalahan antarabangsa.
“Sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara,” Katanya dalam satu video yang dimuat naik blog Din Turtle.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesukaran Najib untuk melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Menurut Mahathir, oleh kerana Najib tidak akan melepaskan jawatan, satu jalan yang mungkin berlaku adalah menerusi pendakwaan di luar Malaysia.
“Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang,” katanya.
Katanya, sekarang undang-undang dunia berbeza mengikut kesalahan sama ada kaitan dalam negara mahupun luar negara.
“Kalau jenayah itu dilakukan di sini (di Malaysia), maka undang-undang negara ini sahaja boleh dikenakan terhadap pesalah.
“Manakala jika jenayah itu ada sedikit kaitan dengan negara luar, negara itu boleh kenakan tindakan terhadap pesalah kerana mereka mempunyai kuasa,” katanya.
Mengambil contoh arahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menangkap Presiden Sudan, Umar Basyir atas tuduhan kejahatan perang, Mahathir berkata, beliau telah didapati bersalah dan akan ditangkap jika pergi ke mana-mana negara yang bersetuju dengan kesalahannya.
Mengulangi perkataan mungkin berlaku tangkapan, Mahathir berkata, sekiranya Najib didapati bersalah, beliau perlu berada dalam negara dan tidak boleh keluar.
“Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macam mana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga,” katanya.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat hari ini dilaporkan telah memulakan satu siasatan berhubung dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB.
Menurut harian kewangan The Wall Street Journal (WSJ) pagi ini, satu sumber melaporkan perkembangan tersebut, di tengah-tengah penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
2 orang berkata:
mudah2an terselamat negara ini dpd mereka yg
........... (ehhh malas nk ckp lah... faham2 sudahlah)
biar dunia menghukum dia kerana negara ini ayahanda dia yg punya
SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB
Post a Comment