DAP tidak boleh campuri urusan Islam
TEMERLOH - Pemuda Umno Temerloh menyokong tindakan Jabatan Mufti yang
tidak akan memohon maaf kepada DAP berkaitan isu khutbah Aidiladha dan
pada masa sama mendesak Adun Mentakab memohon maaf kepada jabatan itu.
Ketuanya, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata, tuntutan DAP supaya jabatan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa memfitnah parti itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam.
Katanya, Pemuda Umno Temerloh menyokong penuh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman yang menegaskan khutbah adalah nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam dan bukannya bersatu dengan pihak yang mencabar dan menentang ajaran Islam seperti hukum hudud.
“Jika dilihat manifesto DAP itu sendiri tidak ada menyebut mengenai usaha mempertahankan agama rasmi iaitu agama Islam.
“Cuma yang ada disebut hanyalah berkisar ekonomi, sosial, masyarakat, hal ehwal luar negeri dan pertahanan, tidak seperti Pas dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang sememangnya mempertahankan agama Islam,” katanya.
Azril Rizal berkata, pada pendapatnya DAP tidak boleh mencampuri urusan agama Islam di negeri Pahang mahupun Malaysia.
“Adakah kita mencampuri urusan di gereja atau anutan agama lain dan sepatutnya DAP menghormati khutbah di masjid dan tidak patut dipolitikkan.
“Tidak kiralah kaum Melayu, India atau Cina dalam DAP kerana sebenarnya parti politik tidak boleh mencampuri urusan mana-mana agama sekalipun,” katanya.
Azril Rizal berkata, sepatutnya DAP perlu memohon maaf kerana mencampuri urusan khutbah Aidiladha.
Menurutnya, Pemuda Umno Temerloh meminta supaya Adun Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memohon maaf kepada Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang.
“Kita menghormati semua penganut agama berbilang kaum tetapi apabila melampaui batas maka perlulah diambil tindakan.
“Jika DAP masih berkeras menyaman Jabatan Mufti, saya percaya ahli Pemuda Umno tidak akan berdiam dan berdiri teguh di belakang Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang,” katanya.
3 orang berkata:
Muftipun nak kena saman yg nak saman pulak org melayu islam sendiri.muka letak kat mana dia tu mmg kaki jilat dap punya org.itu la cari mkn salah tempat.kan ke dah jd pelik bin ajaib sekarang.betul jugak kata org meno tu.ada kita dok sibuk telek ucapan paderi kat gereja gereja.apa yg depa dok kalut sgt dgn khutbah kita.kecut perutlah tu melayu tak sokong dap lg.
Nape casino Genting tak masuk dalam khutbah Jumaat.......takut miss syuruu ke....
Org Islam kena adil. Tegurlah UMNO sekali. Sebut dengan jelas, UMNO. Nasihat jemaah jumaat, jangan sokong pemimpin zalim. Kita sama2 kena hukum.
Post a Comment