Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN GONCANG


'Putus hubungan dengan PM tidak matang'

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
 
 
JOHOR BAHRU - Pemuda Umno Pasir Gudang kesal dan kecewa dengan keputusan yang disifatkan melulu oleh Pemuda MCA bahagian tersebut untuk memutuskan sebarang hubungan  dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketuanya, Azman Ja’afar berkata, tindakan yang diambil itu  tidak matang selain tidak mengambarkan kesepakatan dalam BN.

"Mereka membuat ketetapan untuk memutuskan sebarang hubungan mereka dengan PM serta tidak akan menyokong sebarang program atau acara yang dihadiri Najib susulan lantaran pendirian PM kepada Himpunan Melayu Bersatu baru-baru ini.

"Sesungguhnya, saya amat kesal dan sangat kecewa dengan ketetapan yang dibuat oleh Pemuda MCA Pasir Gudang yang disifatkan sebagai  tidak matang, terdesak, melulu serta langsung tidak mengambarkan semangat setiakawan dalam parti-parti komponen dalam Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.

Kesalnya, pendirian tersebut dimaklumkan setelah Malaysia baru sahaja menyambut sambutan kemerdekaan dan hari penubuhanya.

Katanya lagi, MCA sewajarnya melihat himpunan yang berlangsung dalam konteks yang lebih meluas bukan hanya menumpukan soal perkauman semata-mata.

"Ia selari dengan titah  Sultan Johor berkenaan perkara ini yang tidak mahu membangkitkan isu dan sentimen perkauman yang jelas , Pemuda MCA sendiri gagal memahami titah tersebut selain cuba membangkitkan kebencian antara kaum dalam kalangan bangsa Johor.

"Pemuda MCA  harus sedar bahawa sekarang adalah masa untuk bersatu padu dan bukan memainkan isu perkauman yang sememangnya merupakan senjata yang sengaja digunakan oleh pembangkang bagi memecah belahkan kesatuan, keharmonian dan keutuhan parti-parti komponen dalam perikatan BN,  dan tidak mudah terperangkap dengan taktik dan strategi pembangkang untuk melemahkan lagi persefahaman parti pelbagai bangsa dalam BN," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.