Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang keterlaluan

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai keterlaluan dan tidak matang.

Beliau berkata, sayap parti komponen boleh berbeza pandangan tetapi biarlah wajar.

"Boleh ada pandangan berbeza, tetapi saya lihat tindakan mereka itu keterlaluan dan tidak matang ... kami mengecam pendirian mereka.

"Pemuda BN tidak ada kuasa disiplin ke atas parti komponen, jadi kita tak boleh gantung parti komponen kerana itu tidak ada dalam peraturan parti BN. Namun sekiranya mereka masih lagi berdegil, kita terpaksa putuskan hubungan sebagai komponen bahagian dalam Pemuda BN," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tindakan ke atas Chow Hui]

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Pemuda MCA Bahagian itu perlu memperbetulkan haluan politiknya.   

Pemuda MCA Pasir Gudang menerusi laman Facebook mereka baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri susulan kenyataan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur pada 16 September. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.