Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAUM TIONGHUA DENGAN PAS TETAP MESRA

Kuih bulan padukan hubungan PAS dan masyarakat Tionghua

Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau di negara ini dikenali dengan Perayaan Kuih Bulan oleh masyarakat kaum Tionghua merupakan peringatan kepada semangat kebangkitan membebaskan diri dari kezaliman. Ia merupakan perayaan bersejarah menyambut kemenangan orang China menumpaskan pemerintahan Mongol yang menjajah negara itu secara kediktatoran pada akhir Dinasti Yuan iaitu pada tahun 1280 hingga 1341 masihi.

Kuih Bulan yang menjadi medium sebaran komunikasi dan penyatuan rakyat China kepada kebangkitan itu terus dikenang sebagai simbol sejarah perayaan itu. Bersama sambutan itu juga, mereka kebiasaannya mengadakan perarakan tanglung pada malam hari yang juga terkait sebagai alat isyarat komunikasi tentera pada zaman dinasti China.



Atas semangat positif perayaan itu dan jalinan harmoni kepelbagaian kaum di negara ini, PAS Pusat menerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) telah mengadakan program edaran kuih bulan khususnya kepada masyarakat kaum Tionghua.

Di Ipoh, PERAK, Majlis Pelancaran Kuih Bulan dan Pesta Tanglung anjuran LPN PAS Pusat itu mendapat kehadiran lebih 800 masyarakat Tionghua dan turut dimeriahkan dengan tarian singa. Malah, ia turut dihadiri masyarakat dari kaum India selain menerima tetamu khas iaitu mantan Adun DAP Bercham, Sam Cheok Leng.



Kemeriahan sama turut dirasai di JOHOR apabila LPN PAS Negeri Johor turut mengadakan edaran kuih bulan kepada masyarakat Tionghua di Dun Tiram dan Dun Puteri Wangsa. Edaran tersebut diketuai sendiri Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato’ Dr Mahfodz
Mohamed dan turut disertai serta pimpinan-pimpinan Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). 



Edaran turut diadakan di Kerdau, PAHANG apabila Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Ustaz Kamal Ashaari mengadakan edaran dari rumah ke rumah.



Pendekatan sama turut dilakukan di Tepoh, TERENGGANU melibatkan kemesraan dan keraian Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang turun menyantuni dan menemui masyarakat kaum Tionghua dalam Dun beliau.



Manakala di Miri, SARAWAK, edaran kuih bulan telah menjadi aktiviti tradisi tahunan PAS di sana sejak sekian lama. Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Miri, Mohammad Arifiriazul Paijo, sebanyak 1,000 kuih bulan habis diedarkan kepada masyarakat kaum Tionghua di sekitar Taman Tunku dan Mosjaya.

Sementara itu, DHPP bersama pimpinan PAS Pusat turut mengadakan kunjungan muhibbah dan mengedarkan kuih bulan ke beberapa agensi berita bahasa Cina.



Menurut Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee, sebanyak 20,000 kuih bulan habis diedarkan ke seluruh negara.

Pengerusi LPN PAS Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, aktiviti seperti ini menjadi jambatan penghubung PAS dengan masyarakat pelbagai kaum menerusi penglibatan dalam aktiviti perayaan, sukan dan kesenian.

“Perayaan Kuih Bulan yang diraikan masyarakat Tionghua di negara ini dijadikan sebagai satu usaha meningkatkan perpaduan di kalangan ahli dan penyokong PAS dari pelbagai latar belakang.

“Kita harap usaha murni ini dapat membuka mata semua pihak bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang bersifat inklusif dan sesuai membawa Malaysia ke arah lebih harmoni dan aman sejahtera,” katanya mengulas mengenai perayaan itu.

Ternyata dengan sambutan mesra masyarakat Tionghua dan kebersamaan mereka terhadap PAS telah menyangkal dakwaan serong kononnya mereka telah lari menjauhi PAS.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.